Tuesday, May 16, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 8 SESI PETANG

TARIKH : 15 - 19 MEI 2023

MINGGU : KE-8


GURU BERTUGAS:

1) CIK AMIRATUL ARIFAH BINTI ABDUL FATAH (KETUA)

2) PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR

3) TN. HJ. SOFIAN BIN ABDULLAH

4) PN. NASIBAH BINTI SAIRI

5) PN. Y. NURYATI BINTI ABU BAKAR

6) PN. NORSALIZA BINTI ABD GHANI


TUGASAN SEPANJANG MINGGU:

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula jam 12.30 tengah hari.

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi guru mata pelajaran terakhir.

4. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan.


PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh : 15 Mei 2023

Masa : 5.50-6.20 petang

Tempat: Dataran Berbumbung


Pengacara Majlis : Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fatah

1) Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.


2) Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Arif Farhan bin Muhammad Faizee dari kelas 2 Nuri.


3) Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Cik Amiratul Arifah.


4) Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Putri Adra Sofea binti Mohd Faiz dari kelas 2 Nuri.




5) Cik Amiratul Arifah mengumumkan guru bertugas minggu ini dan tema iaitu Disiplin "Keselamatan".


6) Ustaz Nooramaluddin menyampaikan ucapan.

- syukur cuaca baik, perhimpunan dapat dijalankan.

- jika cuaca panas, murid perlu berjalan di laluan berbumbung dan elakkan bermain di tengah panas.

- bawa botol air ke sekolah dan minum air kosong secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi

- Hari Guru dan Hari Ibu yang bakal menjelma-menghargai guru dan ibu bapa 


7) Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 6.20 petang dan murid bergerak pulang.








No comments: