Monday, May 29, 2023

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR (PUAN SITI HABSAH BINTI AHMAD)

 

Pada 27 Mei 2023 (Sabtu), Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-48 SK Pulau Meranti 2023 telah diadakan. Setelah selesai mesyuarat tersebut, sebuah Majlis Persaraan Guru Besar, Puan Siti Habsah binti Ahmad telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk pihak Ibubapa, guru dan AJK PIBG turut bersama-sama meraikan Puan Guru Besar yang bersara dengan penghormatan daripada warga sekolah. Pada masa yang sama, majlis ini bertujuan supaya Puan Guru Besar dapat berkongsi pengalaman perkhidmatan kepada warga sekolah supaya dapat dijadikan panduan dan iktibar. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa.

 

Aturcara Program

• Ucapan Wakil Guru/Pentadbir

• Ucapan YDP PIBG

• Ucapan Guru Besar – yang diraikan

• Pemberian hadiah

Lensa Kamera

Guru Besar bersama barisan pentadbir sekolah



Penyampaian hadiah kenang-kenangan oleh Ketua Panitia/wakil guru

Guru Besar bersama AJK PIBG, Ibubapa, bekas murid dan pengawal keselamatan sekolah

Guru Besar bersama sebilangan guru sesi petang




Syabas dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini khasnya buat BKGS, YDP, NYDP PIBG, Penyelaras Majlis, guru-guru, staf sokongan dan ibubapa yang berganding bahu menjayakan dan memberikan sokongan kepada majlis ini secara langsung mahupun tidak.

Segala kekhilafan dan kekurangan didahulukan dengan ribuan kemaafan dan segala kerjasama dan pemahaman daripada semua pihak khususnya warga sekolah dan ahli PIBG amatlah dihargai.

No comments: