Monday, June 12, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS, SESI PETANG MINGGU KE-10, 2023

 Tarikh: 06 Jun – 09 Jun 2023

Tema Minggu Ke - 10: Bekerjasama

Tema Warna: Merah Jambu


GURU BERTUGAS

1. Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan (Ketua)

2. Pn. Sharifah Nurul Hafizah Binti Syed Omar

3. Pn. Nur Syazwani Binti Sanusi

4. En. Mohd Kamarulizam Bin Ngah

5. Pn. Venessa Tan Zhi Wei

6. Pn. Azilah Binti Marudin


TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.

4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.

5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.

6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin (Cuti Umum) dan Selasa manakala jam 5.50 petang bagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

*Tiada perhimpunan mingguan pada hari Isnin*

LENSA KAMERA

Kehadiran murid ke sekolah 

Aktiviti "Book Worm" di Dataran Berbumbung sebelum bermulanya Pdpc

Murid-murid berkumpul di Dataran Berbumbung untuk bacaan doa dan hebahan kehilangan barang sebelum masuk ke kelas sejurus tamatnya waktu rehat

Murid-murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diberi taklimat berkaitan agihan dan pemulangan kad RMT

Murid menunggu ibubapa/penjaga masing-masing sewaktu tamat sesi persekolahan diiringi oleh guru bertugas yang terlibat

No comments: