Wednesday, May 17, 2023

PELANCARAN HARI NILAM SELANGOR (HaNIS), BULAN GALAKAN MEMBACA & MINGGU PUSAT SUMBER MEI 2023

 

Pada 12 Mei 2023 (Khamis - sesi pagi) & 16 Mei 2023 (Selasa), bertempat di dataran berbumbung telah diadakan Pelancaran Hari Nilam Selangor ( HaNIS), Bulan Galakan Membaca dan Minggu Pusat Sumber Peringkat Sekolah Tahun 2023. Pelancaran program telah disempurnakan oleh Guru Besar, SK Pulau Meranti, Pn. Siti Habsah binti Ahmad. 

Antara objektif diadakan program seperti ini ialah murid-murid dapat: 

  • Mengenal fungsi serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber dengan lebih dekat lagi.
  • Meminati dan mencintai buku.
  • Menarik penyertaan murid dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca.
  • Menggunakan Pusat Sumber sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
  • Menaikkan peratus bacaan NILAM murid setiap aliran.
  • Membuat pemilihan Tokoh NILAM bagi Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2.
  • Meningkatkan kemahiran perpustakaan dan literasi maklumat di kalangan murid.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid-murid dalam menyampaikan maklumat.
  • Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid.
  • Meningkatkan daya kreativiti murid-murid dalam menyampaikan maklumat.

LENSA KAMERA










  


No comments: