Monday, August 26, 2024

LAPORAN GURU BERETUGAS MINGGU KE-24 (SESI PAGI)

 

  •  TARIKH: 26 OGOS 2024
  • MINGGU: 24
  • KUMPULAN: KUMPULAN 6 SESI PAGI

Guru Bertugas

  • Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Pn. Norjaya binti Sumaleh
  • Pn. Che Mariah binti Ngah
  • En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin
Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis: KHAIRUL FATIH AL-FAQIH BIN KHAIRUL AMIR (6 Saga)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: FIFIE MELLYDIA BINTI MAZZUKI (6 Saga) dan NUR DINA SHAFIYAH BINTI KHAZALI (6 Saga)
  • Bacaan Doa : ADEEB MIRZA BIN MOHD HAZLY (6 Saga)
  • Ikrar Rukun Negara : KHAIRUL FATIH AL-FAQIH BIN KHAIRUL AMIR (6 Saga)
  • Ikrar Murid : NURUL IMAN BINTI MOHD RIDHUAN (6 Saga)


Pengacara Majlis

Bacaan Doa

Ikrar Murid







Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 7.40 pagi kerana memberi laluan kepada Majlis Pelancaran Projek KmR - TS25 Meranti Bento.

Sunday, August 25, 2024

KEM BESTARI SOLAT FASA 2 2024/2025

 PROGRAM KEM BESTARI SOLAT (KBS) FASA2

TARIKH : 24 OGOS 2024

HARI : SABTU

Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada model program j-QAF yang wajib dilaksanakan dalam sistem Pendidikan Islam sekolah rendah di seluruh negara. Program ini dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menguasai kaifiat wuduk dan solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan yang dilaksanakan secara intensif sebanyak 2 kali setahun. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat dikalangan pelajar. Pelaksanaan seawal umur 7 tahun hingga 9 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-quran dan al-sunnah dan di peringkat usia 11 hingga 12 tahun adalah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah dikalangan murid-murid.

TENTATIF PROGRAM :

Tahap 1

Masa

Aktiviti

7.30 pagi

 

 

 8.00 pagi

 

9.30 – 9.50 pagi

9.50 pagi

 

10.30 pagi

 

11.20 pagi

 12.00 tengahari

Murid berkumpul

-Taklimat KBS

- Murid masuk ke kelas

Teori Wudhu (Modul).

Penilaian  

 REHAT

 Bacaan niat solat serta hafazan (Modul)

Penilaian

 Doa Iftitah, bacaan ruku’, bacaan sujud,bacaan duduk antara dua sujud ( Hafazan dan Lembaran Kerja )

Penilaian

 Amali Solat Subuh ( dataran berbumbung )

 Bersurai

Tahap 2

Masa

Aktiviti

7.30 pagi

 

 

8.00 pagi

9.00 pagi

 

10.00 pagi

10.20 pagi

 11.00 pagi

 11.20 pagi

 12.00 tengahari

Murid berkumpul

-Taklimat KBS

- Murid masuk ke kelas

Kedudukan Imam & Makmun. Masbuk Muafiq (Penerangan dan Lembaran Kerja ) 

Tahiyat Awal dan Akhir ( Hafazan dan Lembaran Kerja)

Penilaian

 REHAT

Doa Qunut ( Hafazan dan Lembaran Kerja ) 

Penilaian

Penerangan Bacaan sujud sahwi

 Amali solat berjemaah dan sujud sahwi

 Bersurai


LENSA KAMERA
















Monday, August 19, 2024

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE -23\

TARIKH        :    19 - 25 OGOS 2024

TEMA            :    PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

KUMPULAN :    4


GURU BERTUGAS:

PN WAN SARINAH BINTI WAN IBRAHIM

PN RABIATUL ADAWIDYAH BINTI IDRIS

PN NUR SUZILA BINTI BHARUDIN

EN MOHAMAD FAIZ BIN JAMALUDIN


PERHIMPUNAN RASMI

Tempat        :    Dataran Perhimpunan

Masa            :    7.30-8.25pagi


Pelaksanaan Perhimpunan

Perhimpunan dimulakan dengan nyayian 

Lagu Negaraku

Lagu Negeri Selangor

Lagu Sekolah


PROGRAM GURU PENYAYANG 

Majils dirasmikan oleh YDP PIBG En Azwan Hazlee. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini juga telah memberi anugerah kepada 20 orang murid yang terawal datang kesekolah dan kelas terbaik kehadiran. Kelas kehadiran terbaik ialah kelas 5 Delima.















PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG ,bersama menyayikan lagu-lagu patriortik dengan mengibarkan jalur gemilang.



                                                                        

                                                                               




                                                                                                                    





Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.25 pagi.

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' Siri 1/2024

Hari ini 19 Ogos 2024, berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' bagi Sesi Pagi dan Sesi Petang. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Unit Pengawas. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, Encik Azwan Hazle bin Aminuddin di atas kesudian merasmikan Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran'. Terima kasih juga diucapkan kepada para pentadbir, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, barisan guru, barisan Anggota Kumpulan Pekerja, para ibu bapa dan semua murid yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini. 

Objektif Program:

1) Membantu meningkatkan motivasi murid untuk ke sekolah

2) Memberikan pengiktirafan kepada murid yang selalu hadir ke sekolah

3) Memberi kesedaran kepada murid pentingnya hadir ke sekolah

4) Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah

5) Meningkatkan motivasi murid untuk hadir awal ke sekolah

Pautan Buku Program, sila klik gambar di bawah:

Buku Program

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' telah diuar-uarkan kepada semua warga SK Pulau Meranti pada 15 Julai 2024 yang lepas iaitu semasa Perhimpunan Mingguan dan hebahan secara poster digital melalui atas talian kumpulan murid / ibu bapa murid.  Program ini dilaksanakan secara pertandingan yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kehadiran Terbaik Kategori Kelas dan Kehadiran Terawal. Berikut merupakan poster pertandingan yang dihebahkan kepada semua murid dan ibu bapa: 

Kehadiran Terbaik Kategori Kelas dilaksanakan sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Julai, September dan November 2024. Juri akan memilih dua pemenang (Tahap Satu: 1 kelas dan Tahap Dua: 1 Kelas)

Kehadiran Terawal Ke Sekolah dilaksanakan 2 kali dalam sebulan bermula bulan Ogos hingga bulan Disember 2024. Bermakna terdapat 10 Siri pertandingan Kehadiran Terawal Ke Sekolah. Juri akan memilih 40 orang pemenang bagi setiap siri (20 orang murid sesi pagi dan 20 orang murid sesi petang).

Siri 1 : 1 Ogos hingga 15 Ogos 2024

Siri 2 : 16 Ogos hingga 31 Ogos 2024

Siri 3 : 1 September hingga 15 September 2024

Siri 4 : 16 September hingga 30 September 2024

Siri 5 : 1 Oktober hingga 15 Oktober 2024

Siri 6 : 16 Oktober hingga 31 Oktober 2024

Siri 7 : 1 November hingga 15 November 2024

Siri 8 : 16 November hingga 30 November 2024

Siri 9 : 1 Disember hingga 15 Disember 2024

Siri 10 : 16 Disember hingga 31 Disember 2024

Keistimewaan kepada para pemenang ialah pihak sekolah akan memberi ganjaran seperti berikut:

1. Cenderamata

2. Sijil Penghargaan 

3. Nama pemenang akan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) di bahagian Asas Sahsiah Amalan Baik

Paparan Gambar Sepanjang Majlis Berlangsung (Sesi Pagi):

Pengacara Majlis : Puan Juli binti Mahbah

Ucapan Perasmian : Yang Dipertua PIBG, Encik Azwan Hazle bin Aminuddin

Acara Gimik Pelancaran Program

Pemenang Kelas Kehadiran Terbaik Tahap Dua Bulan Julai : 5 Delima (92.67%)

20 orang murid yang dinobatkan sebagai pemenang Kehadiran Terawal ke Sekolah Siri 1 (1 hingga 15 Ogos 2024). Tahniah...

Tahniah..., Kehadiran Terawal Ke Sekolah

Tahniah.., Pemenang Kehadiran Terawal Ke Sekolah

Paparan Gambar Sepanjang Majlis Berlangsung (Sesi Petang):

Ucapan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Parimala 

Pemenang Kehadiran Terbaik Bulan Julai Tahap Satu : 2 Bestari (93.18%)

Tahniah..Pemenang Kehadiran Terawal Ke Sekolah

Tahniah...Pemenang Kehadiran Terawal Ke Sekolah

20 orang murid yang dinobatkan sebagai Pemenang keadiran terawal Ke Sekolah Siri 1 (1 hingga 15 Ogos 2024). Tahniah...


Lagi laporan Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' di Facebook,  sila klik link di bawah: 

1) https://www.facebook.com/share/p/p6cPYSFGoJpy4Ars/?mibextid=oFDknk

2) https://www.facebook.com/share/p/MdxLE2HmdUVqWNAK/?mibextid=oFDknk


Wednesday, August 14, 2024

KEM CEMERLANG JAWI

TARIKH    :    10 OGOS 2024

HARI         :    SABTU

WAKTU    :    7.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI


Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Fasa 1 telah dilaksanakan menyasarkan  murid tahun 2- 6 yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran asas jawi. Murid - murid diajar menggunakan metodology dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis tulisan jawi dengan sempurna.

Objektif pelaksanaan program ini adalah supaya murid- murid dapat:

    1. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung

    2. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup

    3. Membaca dan menulis ayat pendek.

Murid telah dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kelas dan tahun, seterusnya mengikut guru pembimbing masing - masing terdiri dari guru -guru pendidikan agama islam dan bahasa arab. 


LENSA SEKITAR PROGRAM







Semoga murid - murid mendapat manfaat daripada program ini dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari.


Tuesday, August 13, 2024

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEPANG

 KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEPANG




PERTANDINGAN FUTSAL (KATEGORI PASUKAN LELAKI)



TARIKH: 7 OGOS 2024

TEMPAT: ARENA BBST, SEPANG

PENCAPAIAN: JOHAN FUTSAL PERINGKAT DAERAH SEPANG

JURULATIH: EN. MUHAMAD RIZWAN BIN MAT RIFIN

                      : PN. NORJAYA BINTI SUMALEH


PERTANDINGAN BOLA JARING (KATEGORI PASUKAN PEREMPUAN)




TARIKH: 8 OGOS 2024

TEMPAT: ARENA BBST, SEPANG

PENCAPAIAN: TEMPAT KE-3 PERINGKAT DAERAH SEPANG

JURULATIH: PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

                      : PN. NIRAWATY BINTI MOHD NOR

                        PN. NUR SUZILA BINTI BHARUDIN

                        PN. DIANA BINTI MOHD YUSOFF

           

PENCAPAIAN KHAS     

ANUGERAH KASUT EMAS (FUTSAL)


MUHAMMAD SUFI SAQEEF BIN SUFENDI 


ANUGERAH PENJARING TERBANYAK (BOLA JARING)


AINNUR MARDIANA BINTI ZULHAKIMI     


PENGHARGAAN

TERIMA KASIH KEPADA PUAN GURU BESAR (PN. HJH. NORLITA BINTI RAMLI), SEMUA PENOLONG KANAN, GURU PRASEKOLAH,PN. ROSHIDA, SEMUA PPM DAN SEMUA GURU ATAS SEMUA SOKONGAN. 

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA YANG MENYOKONG, BERKORBAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT SEPANJANG LATIHAN DAN KEJOHANAN BERLANGSUNG. 


LENSA KAMERA 









Monday, August 12, 2024

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE-22

 

TARIKH           : 12-19 OGOS 2024

MINGGU           : KE-22

TEMA                : AMANAH

KUMPULAN      : KUMPULAN 3

 

GURU BERTUGAS:

1. PN. NORAZMAH BINTI CHE OMAR (KETUA)

2. PN. ROSIDAH BINTI AWANG LAH

3. TUAN ASRI BIN TUAN DERAMAN

4. EN.NOORHISHAM BIN MOHD NOR



PERHIMPUNAN RASMI 

Tempat : Dataran berbumbung

Masa : 7.30-8.00pagi


Pelaksanaan Perhimpunan

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian :-

* Lagu Negaraku

* Lagu Negeri Selangor

* Lagu Sekolah

Doa Dibacakan Oleh :- Muhammad Aqeef Izdiyad (6Iswara)

Rukun Negara Dibacakan Oleh : Nur Farah Hannah (4 Beta)

Ikrar Murid dibacakan oleh : Huda Zafirah (6 Saga)



Laporan guru bertugas minggu lepas : Pn. Diana

1. Murid diminta segera berkumpul apabila loceng tamat rehat dibunyikan.

2. Murid juga diminta menjaga kebersihan di tempat makan.





Ucapan guru bertugas : Pn. Norazamah

1. Menerangkan tema pada minggu ini ialah amanah Murid-murid diberi contoh tidak amanah yang biasa dilakukan. Murid yang tidak amanah tidak akan dipercayai oleh sesiapa. Oleh itu, semua murid digalakkan bersifat amanah pada setiap masa.





Ucapan bagi Unit Bimbingan Dan Kaunseling

  1. Puan Juli mengingatkan murid tentang pengurusan diri sehari-hari bermula dari bangun tidur. 
  2. Murid yang tidak dapat menguruskan diri dengan baik biasanya akan datang lambat ke sekolah.


Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum: Pn Raihan

1. Menasihati murid supaya sentiasa amanah dalam perbuatan.

2. Murid diingatkan bahawa mereka membawa nama ayah walau di mana sahaja berada. Oleh itu sikap amanah penting demi nama baik nama keluarga.



Perhimpunan ditanggunhkan pada pukul 8.00 pagi.