Monday, August 19, 2024

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' Siri 1/2024

Hari ini 19 Ogos 2024, berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' bagi Sesi Pagi dan Sesi Petang. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Unit Pengawas. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, Encik Azwan Hazle bin Aminuddin di atas kesudian merasmikan Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran'. Terima kasih juga diucapkan kepada para pentadbir, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, barisan guru, barisan Anggota Kumpulan Pekerja, para ibu bapa dan semua murid yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini. 

Objektif Program:

1) Membantu meningkatkan motivasi murid untuk ke sekolah

2) Memberikan pengiktirafan kepada murid yang selalu hadir ke sekolah

3) Memberi kesedaran kepada murid pentingnya hadir ke sekolah

4) Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah

5) Meningkatkan motivasi murid untuk hadir awal ke sekolah

Pautan Buku Program, sila klik gambar di bawah:

Buku Program

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' telah diuar-uarkan kepada semua warga SK Pulau Meranti pada 15 Julai 2024 yang lepas iaitu semasa Perhimpunan Mingguan dan hebahan secara poster digital melalui atas talian kumpulan murid / ibu bapa murid.  Program ini dilaksanakan secara pertandingan yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kehadiran Terbaik Kategori Kelas dan Kehadiran Terawal. Berikut merupakan poster pertandingan yang dihebahkan kepada semua murid dan ibu bapa: 

Kehadiran Terbaik Kategori Kelas dilaksanakan sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Julai, September dan November 2024. Juri akan memilih dua pemenang (Tahap Satu: 1 kelas dan Tahap Dua: 1 Kelas)

Kehadiran Terawal Ke Sekolah dilaksanakan 2 kali dalam sebulan bermula bulan Ogos hingga bulan Disember 2024. Bermakna terdapat 10 Siri pertandingan Kehadiran Terawal Ke Sekolah. Juri akan memilih 40 orang pemenang bagi setiap siri (20 orang murid sesi pagi dan 20 orang murid sesi petang).

Siri 1 : 1 Ogos hingga 15 Ogos 2024

Siri 2 : 16 Ogos hingga 31 Ogos 2024

Siri 3 : 1 September hingga 15 September 2024

Siri 4 : 16 September hingga 30 September 2024

Siri 5 : 1 Oktober hingga 15 Oktober 2024

Siri 6 : 16 Oktober hingga 31 Oktober 2024

Siri 7 : 1 November hingga 15 November 2024

Siri 8 : 16 November hingga 30 November 2024

Siri 9 : 1 Disember hingga 15 Disember 2024

Siri 10 : 16 Disember hingga 31 Disember 2024

Keistimewaan kepada para pemenang ialah pihak sekolah akan memberi ganjaran seperti berikut:

1. Cenderamata

2. Sijil Penghargaan 

3. Nama pemenang akan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) di bahagian Asas Sahsiah Amalan Baik

Paparan Gambar Sepanjang Majlis Berlangsung (Sesi Pagi):

Pengacara Majlis : Puan Juli binti Mahbah

Ucapan Perasmian : Yang Dipertua PIBG, Encik Azwan Hazle bin Aminuddin

Acara Gimik Pelancaran Program

Pemenang Kelas Kehadiran Terbaik Tahap Dua Bulan Julai : 5 Delima (92.67%)

20 orang murid yang dinobatkan sebagai pemenang Kehadiran Terawal ke Sekolah Siri 1 (1 hingga 15 Ogos 2024). Tahniah...

Tahniah..., Kehadiran Terawal Ke Sekolah

Tahniah.., Pemenang Kehadiran Terawal Ke Sekolah

Paparan Gambar Sepanjang Majlis Berlangsung (Sesi Petang):

Ucapan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Parimala 

Pemenang Kehadiran Terbaik Bulan Julai Tahap Satu : 2 Bestari (93.18%)

Tahniah..Pemenang Kehadiran Terawal Ke Sekolah

Tahniah...Pemenang Kehadiran Terawal Ke Sekolah

20 orang murid yang dinobatkan sebagai Pemenang keadiran terawal Ke Sekolah Siri 1 (1 hingga 15 Ogos 2024). Tahniah...


Lagi laporan Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' di Facebook,  sila klik link di bawah: 

1) https://www.facebook.com/share/p/p6cPYSFGoJpy4Ars/?mibextid=oFDknk

2) https://www.facebook.com/share/p/MdxLE2HmdUVqWNAK/?mibextid=oFDknk


No comments: