Wednesday, August 14, 2024

KEM CEMERLANG JAWI

TARIKH    :    10 OGOS 2024

HARI         :    SABTU

WAKTU    :    7.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI


Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Fasa 1 telah dilaksanakan menyasarkan  murid tahun 2- 6 yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran asas jawi. Murid - murid diajar menggunakan metodology dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis tulisan jawi dengan sempurna.

Objektif pelaksanaan program ini adalah supaya murid- murid dapat:

    1. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung

    2. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup

    3. Membaca dan menulis ayat pendek.

Murid telah dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kelas dan tahun, seterusnya mengikut guru pembimbing masing - masing terdiri dari guru -guru pendidikan agama islam dan bahasa arab. 


LENSA SEKITAR PROGRAM







Semoga murid - murid mendapat manfaat daripada program ini dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari.


No comments: