Sunday, August 11, 2024

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE 21

Tarikh: 5 Ogos 2024
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Perhimpunan
Tema: Berfikiran Positif


GURU BERTUGAS:
1. Pn. Diana Binti Mohd Yusoff
2. Pn. Idayu Binti Ayob
3. Pn. Juli Binti Mahbah
3. En. Nordin Bin Mat Hussin

Pengacara Majlis:
Airis Melissa Binti Marhalim


Nyanyian Lagu:
1. Lagu Negaraku
2. Lagu Negeri Selangor
3. Lagu Sekolah

Nyanyian lagu dipimpin oleh Nurdina Syafiah


Bacaan doa oleh Aqeef Izdiyad


Bacaan Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Airis Melissa

Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Hannah Thaqifah


Ucapan/laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Cik Khairunnisa Syazrin

  1. Murid diingatkan bahawa jangan melengahkan masa sebaik sahaja bunyi loceng tamat waktu rehat. 
  2. Murid diminta terus berkumpul di Dataran Berbumbung. 
  3. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah. Sampah atau sisa makanan buang dalam tong sampah.
Pengumuman kelas terbersih iaitu Kelas 6 Persona



Ucapan guru bertugas minggu ini disampaikan oleh Pn. Diana

  1. Memperkenalkan guru bertugas mingguan.
  2. Ulasan tentang tema "Berfikiran Positif" dan mengingatkan murid supaya sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
  3. Murid diingatkan supaya berfikir dahulu sebelum bertindak atau membuat sesuatu supaya tindakan yang dilakukan itu adalah betul dan mendatangkan manfaat.

Penyampaian Sijil dan Penghargaan

Penyampaian Sijil Perkhemahan Kursus Kenaikan Pangkat Koperal/Lans Koperas TKRS. Perkhemahan ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang.

Penyampaian Sijil Anugerah Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di Baitunnur Banting.


Ucapan guru disiplin oleh Ustaz Mohamad Helmi

Murid-murid diingatkan sentiasa mengikut peraturan sekolah. 
Beratur untuk ke bilik-bilik khas.
Jika ingin keluar kelas harus pakai pas keluar.


Perhimpunan Mingguan berakhir pada pukul 7.56 pagi dan murid beratur dalam barisan untuk masuk ke kelas. 





 

No comments: