Tuesday, October 14, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 33

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 33

TARIKH: 13 OKTOBER 2025

TEMPAT: DATARAN BERBUMBUNG 


GURU BERTUGAS 

1. EN. MOHD UZZAIR AMIN BIN SUHAIDAN 

2. PN. ALYAA BINTI RAMLI

3. EN. NOORHISHAM  BIN MOHD NOOR

4. PN. NORJAYA BINTI SUMALEH 

5. PN. MAHFUZAH BINTI ZAKUAN


Pengacara Majlis

Puan Norjaya Binti Sumaleh




Ucapan Guru Besar SKPM (En. Khairil Anuar bin Othman)

- Beliau mengucapkan tahniah kepada calon-calon pengawas percubaan yang telah berjaya dalam fasa temuduga.

- Beliau berharap semua pengawas percubaan yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan jujur, tegas dan berdisiplin serta menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.

- Beliau juga berharap pengawas yang sedia ada terus komitment menjalankan tugas.



En. Khairil Anuar bin Othman (Guru Besar SKPM)


Gimik Simbolik Pelantikan Pengawas Percubaan SKPM







Pengawas Percubaan

1. Ghazi Muzlim bin Farisham ( 5 Delta)






2. Nur Qiesya Eliza binti Abdullah ( 5 Delta)





Bersama guru unit Disiplin dan Pengawas 





Penghargaan dan Pencapaian

Pemenang Kempen Sayangi Buku Teks

Tempat ke-3 (Kelas 4 Helang)




 Tempat ke-2 (Kelas 6 Topaz)



Tempat Pertama (Kelas 5 Beta)





Tunas Kadet Remaja Sekolah


Pencapaian Peringkat Negeri



Bersama guru pembimbing TKRS



Anugerah Penyertaan Terbanyak Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni Peringkat Kebangsaan









Tahniah kepada semua...


KARNIVAL EKSPLORASI STEM DAN TVET 2025

Pada 18 Oktober 2025- Rabu, Unit Kurikulum dengan kerjasama Panitia Sains, Panitia Matematik dan Panitia RBT telah melaksanakan Program Eksplorasi STEM dan TVET.

Program pada hari ini telah dirasmikan oleh En. Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut mengikut stesen yang telah ditetapkan. Terdapat 9 stesen untuk murid-murid sesi pagi dan 4 stesen untuk murid sesi petang.

Murid yang berjaya dan terpantas menyelesaikan tugasan di semua stesen layak menerima sijil EMAS (tempat pertama hingga 50), sijil PERAK (tempat ke-51 hingga 100) dan sijil GANGSA (tempat ke 101 hingga 150). Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat.

Penglibatan semua murid sangat menggalakkan. Aktiviti yang disajikan juga sangat menarik seperti 3x3 Cup Quest, Rocket Straw, Maths Puzzle, Balloon Challenge dan banyak lagi.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang turut membantu menjayakan program ini.
























Antara barisan pemenang

Wednesday, October 8, 2025

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM MENENGAH DAN ALAM REMAJA BAGI MURID TAHUN 6

 PROGRAM ALAM MENENGAH DAN ALAM REMAJA

Hari : Selasa

Tarikh : 7 Oktober 2025

Masa : 8.30 pagi - 12.20 tengah hari

Tempat : SK Pulau Meranti

Sasaran : Semua murid tahun 6

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling

              : Jawatankuasa Tahun 6

              : Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral



Program dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil murid, Adlan dari kelas 6 Delima


Ucapan Guru Besar SK Pulau Meranti, En. Khairil Anuar bin Othman


MELANGKAH KE ALAM MENENGAH

Penceramah : Pn. Hasliza binti Hassan (Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Putra Perdana)

Topik yang disampaikan berkaitan perkongsian persediaan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi sesi persekolahan di sekolah menengah.


Sesi soal jawab bersama murid







Cikgu Hasliza menyampaikan perkongsian berkaitan persediaan ke alam menengah




Penyampaian sijil kepada penceramah, Cikgu Hasliza yang disampaikan oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, En. Khairil Anuar bin Othman


MELANGKAH KE ALAM REMAJA

Penceramah : Pn. Nurul Syuhada binti Abd Talib (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat)
                       Bertugas di Klinik Nur Sejahtera LPPKN Kajang

Topik : Memberi pendedahan mengenai perubahan yang akan dialami oleh seseorang remaja apabila mencapai peringkat akil baligh.




Murid-murid mendengar dengan khusyuk perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah.


     

Penyampaian sijil kepada Pn. Nurul Syuhada yang disampaikan oleh En. Khairil Anuar, Guru Besar SK Pulau Meranti



Sesi bergambar barisan pentadbir bersama penceramah serta guru Bimbingan dan Kaunseling.


Semoga kedua-dua perkongsian ini memberikan impak positif kepada murid-murid tahun 6. Sesungguhnya alam menengah dan alam remaja adalah fasa indah yang penuh cabaran, peluang dan impian yang akan membentuk seseorang individu.