Tuesday, October 14, 2025

KARNIVAL EKSPLORASI STEM DAN TVET 2025

Pada 18 Oktober 2025- Rabu, Unit Kurikulum dengan kerjasama Panitia Sains, Panitia Matematik dan Panitia RBT telah melaksanakan Program Eksplorasi STEM dan TVET.

Program pada hari ini telah dirasmikan oleh En. Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut mengikut stesen yang telah ditetapkan. Terdapat 9 stesen untuk murid-murid sesi pagi dan 4 stesen untuk murid sesi petang.

Murid yang berjaya dan terpantas menyelesaikan tugasan di semua stesen layak menerima sijil EMAS (tempat pertama hingga 50), sijil PERAK (tempat ke-51 hingga 100) dan sijil GANGSA (tempat ke 101 hingga 150). Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat.

Penglibatan semua murid sangat menggalakkan. Aktiviti yang disajikan juga sangat menarik seperti 3x3 Cup Quest, Rocket Straw, Maths Puzzle, Balloon Challenge dan banyak lagi.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang turut membantu menjayakan program ini.
























Antara barisan pemenang

No comments: