Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Wad Endokrin, Hospital Putrajaya (8A, Katil 24)
Nama Murid: Wan Amany Dayana binti Wan Afindi
Kelas: 5 Delta
Pada 25 Oktober 2025, Wan Amany telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas disahkan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Program Ziarah Cakna Siri 9/2025 diadakan sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah terhadap kebajikan murid yang sedang menerima rawatan di hospital. Ia bertujuan memberi sokongan moral, semangat dan doa kesembuhan kepada murid serta keluarga, di samping memupuk semangat kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.
Pihak sekolah turut menyerahkan sumbangan ikhlas sebagai tanda ingatan dan sokongan moral kepada keluarga. NYDP PIBG turut memberi sumbangan kepada murid ini. 
Ibu bapa murid menzahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan warga SK Pulau Meranti yang sudi meluangkan masa menziarahi dan mendoakan kesembuhan anak mereka.
Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:
- 
En. Khairil Anuar bin Othman – Guru Besar
 - 
Pn. Fauziah binti Salehoddin – Penolong Kanan HEM
 - 
En. Mohd Uzzair Amin bin Suhaidan – Guru Kelas 5 Delta
 - 
Pn. Nasibah binti Sairi – Setiausaha Jawatankuasa Kebajikan
 - 
Pn. Juli binti Mahbah – Guru Bimbingan dan Kaunseling
 - 
Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy – Guru Bimbingan dan Kaunseling
 
Semoga Wan Amany Dayana segera sembuh dan dapat kembali ke sekolah dengan semangat baharu. Moga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan kekuatan kepada keluarga dalam menghadapi ujian ini.

No comments:
Post a Comment