Showing posts with label Ziarah Cakna. Show all posts
Showing posts with label Ziarah Cakna. Show all posts

Wednesday, August 26, 2026

Ziarah Cakna Siri 12/2026

Assalamualaikum dan salam kasih sayang..

Tarikh: 26 Ogos 2026
Hari: Rabu
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Rumah kediaman murid

Pada Ziarah Cakna Siri 12/2026, warga SK Pulau Meranti telah berkunjung ke kediaman keluarga Muhammad Danial Affandi bin Muhammad Shahidi, kelas 5 Linux, yang mengalami kelumpuhan sejak di prasekolah pada September 2021 dan tidak dapat hadir ke sekolah sehingga kini.

Kunjungan ini merupakan kesinambungan usaha pihak sekolah dalam menyantuni, mengambil berat kebajikan serta memastikan hubungan dengan murid dan keluarga terus terpelihara. Sebelum ini, pihak sekolah juga telah melaksanakan kunjungan pada 28 Mac 2025 dan 29 September 2025.

Turut bersama dalam ziarah cakna: 

1. En. Khairil Anuar bin Othman (Guru Besar SK Pulau Meranti)
2. Pn. Norasmawati binti Omar (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang)
3. Pn. Fauziah binti Salehoddin (PK Hal Ehwal Murid)
4) En. Norazli bin Mohd Zahidin (PK Kokurikulum)
5) Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Sepang)
6) Pn. Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
7) Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Semoga kunjungan ini dapat memberikan sokongan, semangat dan kekuatan kepada Muhammad Danial Affandi serta keluarganya.

Lensa Kamera:

Sesi kunjungan dan ramah mesra bersama Muhammad Danial Affandi

Kenangan Ziarah Cakna bersama keluarga Muhammad Danial Affandi

Sumbangan kecil penuh makna daripada warga SK Pulau Meranti


Ziarah Cakna Siri 11/2026

Assalamualaikum dan salam kasih sayang..

Tarikh: 26 Ogos 2026
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Rumah kediaman murid

Pada hari ini, SK Pulau Meranti telah melaksanakan Ziarah Cakna Siri 11/2026 bagi menyantuni keluarga Muhammad Aqib Rayyan bin Abdul Rahim, kelas 1 Nova, yang sedang melalui detik sukar setelah kehilangan insan tersayang.

Bapa beliau, Wilfred Sonny Gomez JR, telah kembali ke rahmatullah pada 21 Julai 2026 akibat serangan jantung.

Ziarah ini merupakan tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan warga sekolah kepada Puan Norfazilah binti Abdullah sekeluarga. Kehadiran warga sekolah diharapkan dapat memberikan sedikit kekuatan dan semangat kepada keluarga untuk terus tabah menghadapi ujian ini.

Turut bersama dalam ziarah cakna: 

1. En. Khairil Anuar bin Othman (Guru Besar SK Pulau Meranti)
2. Pn. Norasmawati binti Omar (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang)
3. Pn. Fauziah binti Salehoddin (PK Hal Ehwal Murid)
4) En. Norazli bin Mohd Zahidin (PK Kokurikulum)
5) Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Sepang)
6) Pn. Noor Aisha binti Saleh Kamal (NYDP PIBG)
7) Pn. Sharifah Salwa binti Syed Mohd Badaruddin (AJK PIBG)
8) Pn. Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
9) Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
10) Pn. Nasibah binti Sairi (Setiausaha Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Murid)

Semoga keluarga Muhammad Aqib Rayyan terus diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menempuh hari-hari mendatang.


Kunjungan kasih daripada wakil warga SK Pulau Meranti


Thursday, February 12, 2026

Ziarah Cakna Siri 5/2026

Assalamualaikum dan salam kasih sayang..

Tarikh: 12 Februari 2026
Hari: Khamis
Masa: 2.00 petang
Tempat: Rumah kediaman murid

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon bidara;
Datang menziarah tanda peduli, 
Mengerat ukhuwah menyemai rasa. 

Pada hari ini, aktiviti Ziarah Cakna di bawah Amalan Sekolah Penyayang telah dilaksanakan dalam suasana sederhana namun penuh keikhlasan dan kasih sayang. Kami berkesempatan menziarahi murid Tahun 6 Gamma, iaitu Waldan bin Izman, yang kini sedang berehat di rumah setelah mengalami patah kaki akibat terjatuh ketika bermain bola di hadapan rumahnya. 

Kunjungan ini disertai oleh Ketua Guru Disiplin yang juga Jurulatih Nasyid sekolah, Ustaz Tuan Asri bin Tuan Deraman, bersama empat orang wakil nasyid iaitu Umar Fateh bin Muhamad Yazit (6 Gamma), Muhammad Izz Ashraf bin Sulaiman (6 Beta), Arief Hazimi bin Ahmad Rithauddeen (6 Gamma) dan Nuh Mikail bin Mohammad Ammirul Asswat (6 Gamma). Kehadiran mereka bukan sekadar sebagai rakan seperjuangan dalam nasyid, tetapi sebagai sahabat yang hadir membawa doa, senyuman dan semangat. 

Semoga kunjungan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati Waldan, memberi semangat untuk terus tabah menghadapi ujian serta mempercepatkan proses kesembuhannya. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa Waldan atas kesudian menerima kunjungan kami. 

Lensa Kamera:

Hadir membawa doa dan semangat

Sahabat hadir, hati terubat

Satu ziarah, seribu makna

Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

Thursday, January 29, 2026

Ziarah Cakna Siri 3/2026

 Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang..

Tarikh: 29 Januari 2026, Khamis
Masa: 8.45 pagi

Pihak sekolah telah melaksanakan Ziarah Cakna Siri 3/2026 dengan mengunjungi kediaman salah seorang murid Tahun 5 Linux yang sedang menerima rawatan akibat patah tulang bahu. Aktiviti ziarah ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta sokongan moral pihak sekolah terhadap murid dan keluarga yang ditimpa ujian. 

Kunjungan ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa, di samping menyampaikan kata-kata semangat agar murid berkenaan terus tabah, kuat dan bersemangat dalam proses pemulihan. 

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa murid yang sudi menerima kunjungan kami dengan penuh mesra serta layanan yang amat baik. Semoga kunjungan kecil ini membawa makna besar, menjadi penguat semangat dan tanda bahawa murid sentiasa berada dalam perhatian dan doa warga sekolah. 

Pergi ziarah membawa doa,
Tanda prihatin penuh makna;
Ujian datang jangan berduka,
Warga sekolah sentiasa bersama.

Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi:
Muhammad Akif bin Ermy Rizal
Kelas: 5 Linux

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:
1) Encik Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti
2) Puan Norasmawati binti Omar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit HEM
3) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) Encik Muhamad Fauzi bin Ahmad, AJK PIBG
5) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling
6) Puan Y. Nuryati binti Abu Bakar, Guru Kelas & AJK Kebajikan
7) Encik Afiq Azri bin Muhamad Khuairi, Guru Pendidikan Agama Islam


Semoga murid yang diziarahi diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat untuk meneruskan pembelajaran seperti sediakala. 

Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

Thursday, January 8, 2026

Ziarah Cakna Siri 2/2026

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang..

Tarikh: 8 Januari 2026, Khamis
Masa: 11.00 pagi

Program Ziarah Cakna Siri 2/2026 telah dilaksanakan sebagai manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab sosial pihak sekolah dalam menyantuni murid serta keluarganya, di samping menilai situasi semasa secara holistik sebagai asas perancangan sokongan, bantuan dan intervensi yang bersifat berfokus serta berimpak tinggi demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan murid secara berterusan. 

Seluruh warga SK Pulau Meranti merakamkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam atas pemergian bapa kepada murid terlibat yang telah kembali ke Rahmatullah. Kehilangan ini amat dirasai dan pihak sekolah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikurniakan ketabahan dan kekuatan jiwa kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. 

Pergi yang pergi telah ditentukan, 
Takdir Ilahi tiada terdaya,
Kasih sekolah terus disemadikan,
Murid disantuni, jiwa terpelihara.

Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi:
1) Dian Ariana binti Noor Irwan (4 Dinamik)
2) Zain Hashim bin Noor Irwan (2 Ibnu Batutta)

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:
1) Encik Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti
2) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling
4) Puan Sugunah a/p Ramamoorthy, Guru Bimbingan dan Kaunseling
5) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Disiplin
6) Puan Nasibah binti Sairi, Penyelaras Unit Kebajikan
7) Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan, Guru Kelas 4 Dinamik



Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

Ziarah Cakna Siri 1/2026

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang..

Tarikh: 8 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi

Program Ziarah Cakna Siri 1/2026 telah dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pihak sekolah terhadap murid yang terkesan akibat insiden kebakaran rumah yang berlaku pada 15 Disember 2025. Lawatan ini bertujuan menzahirkan empati, mendapatkan maklumat berkaitan situasi semasa keluarga murid serta merancang sokongan dan intervensi yang bersesuaian demi kesejahteraan emosi dan kelangsungan pembelajran murid. 

Api marak memusnahkan harta,
Abu tinggal saksi peristiwa,
Huluran kasih penguat jiwa,
Sekolah cakna, murid terbela. 


Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi:
Nama murid: Muhammad Fawwaz Ammar bin Farhan
Kelas: 5 Android

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:
1) Encik Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti
2) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling
4) Puan Sugunah a/p Ramamoorthy, Guru Bimbingan dan Kaunseling
5) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Disiplin
6) Puan Nasibah binti Sairi, Penyelaras Unit Kebajikan
7) Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan, Guru Kelas 4 Dinamik



Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

Wednesday, October 29, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 9/2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Wad Endokrin, Hospital Putrajaya (8A, Katil 24)
Nama Murid: Wan Amany Dayana binti Wan Afindi
Kelas: 5 Delta


Pada 25 Oktober 2025, Wan Amany telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas disahkan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Program Ziarah Cakna Siri 9/2025 diadakan sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah terhadap kebajikan murid yang sedang menerima rawatan di hospital. Ia bertujuan memberi sokongan moral, semangat dan doa kesembuhan kepada murid serta keluarga, di samping memupuk semangat kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.

Pihak sekolah turut menyerahkan sumbangan ikhlas sebagai tanda ingatan dan sokongan moral kepada keluarga. NYDP PIBG turut memberi sumbangan kepada murid ini. 
Ibu bapa murid menzahirkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan warga SK Pulau Meranti yang sudi meluangkan masa menziarahi dan mendoakan kesembuhan anak mereka.

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:

  1. En. Khairil Anuar bin Othman – Guru Besar

  2. Pn. Fauziah binti Salehoddin – Penolong Kanan HEM

  3. En. Mohd Uzzair Amin bin Suhaidan – Guru Kelas 5 Delta

  4. Pn. Nasibah binti Sairi – Setiausaha Jawatankuasa Kebajikan

  5. Pn. Juli binti Mahbah – Guru Bimbingan dan Kaunseling

  6. Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy – Guru Bimbingan dan Kaunseling

Semoga Wan Amany Dayana segera sembuh dan dapat kembali ke sekolah dengan semangat baharu. Moga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan kekuatan kepada keluarga dalam menghadapi ujian ini.



Monday, September 29, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 8/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Program Ziarah Cakna diteruskan lagi sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah. Kali ini, Ziarah Cakna ke rumah salah seorang murid Tahun 4 Nuri iaitu Muhammad Danial Affandi bin Muhammad Syahidi di Putrajaya. Lawatan ini merupakan susulan daripada Ziarah Cakna terdahulu uyang diadakan pada 28 Mac 2025. Boleh klik laporannya di sini. 

Pihak sekolah menziarahi murid di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan dan menyuntik semangat kepada keluarga agar terus tabah. Keluarga murid amat berterima kasih atas perhatian dan doa yang diberikan oleh warga SK Pulau Meranti. 

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:

1) En. Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar

2) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Sepang

3) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan HEM

3) En. Noorhisham bin Mohd Noor, Guru Kelas 4 Nuri

4) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling

Program Ziarah Cakna ini berjaya memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan keluarga murid, selain menyerlahkan nilai empati serta keprihatinan dalam kalangan warga sekolah. 




Wednesday, September 10, 2025

Program Ziarah Cakna Siri7/2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Program Ziarah Cakna Siri 7 kembali diteruskan dengan penuh kasih dan keprihatinan. Kali ini, pihak sekolah berkesempatan menziarahi salah seorang murid 6 Delima iaitu Adam Daniel bin Zamri, di rumahnya yang terletak di Pulau Meranti. Lawatan ini merupakan lanjutan daripada ziarah sebelum ini yang telah diadakan pada 10 September 2025. Laporannya boleh dibaca melalui pautan di sini

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna

1) En. Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar

2) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Sepang

3) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan HEM

4) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Kelas 6 Delima @ Guru Disiplin

5) Polis A

6) Polis B

7) Wakil penduduk kampung



Wednesday, July 16, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 6/2025


Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari
Nama Murid: Nur Zafirah Zahra binti Zaldi (4 Nuri)

Program Ziarah Cakna Siri 6/2025 telah dilaksanakan sebagai satu bentuk sokongan emosi, kasih sayang dan empati daripada warga sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah Sepang terhadap Nur Zafirah Zahra sekeluarga yang sedang kesedihan. Kehadiran kami bukan sekadar membawa sumbangan, tetapi menyampaikan rasa prihatin dan belaian hati buat Nur Zafirah Zahra yang kini menempuh fasa duka pemergian ayah tersayang pada 22 Jun 2025

Barisan Hadir Semasa Ziarah:

  1. Encik Jamillulail bin Mohd Junit – Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Hal Ehwal Murid

  2. Encik Khairil Anuar bin Othman – Guru Besar

  3. Puan Fauziah binti Salehoddin – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

  4. Encik Noorhisham bin Mohd Noor – Guru Kelas 4 Nuri

  5. Puan Nasibah binti Sairi – Guru Kebajikan

  6. Puan Juli binti Mahbah – Guru Bimbingan dan Kaunseling

  7. Ustaz Samsoe Riza bin Mohamed – Guru Pendidikan Islam

  8. Encik Shaiful Nizam bin Jamaudin – Pembantu Operasi

Hilangnya ayah… umpama langit kehilangan mentari,
Langkah kecilmu kini menjejak bayang yang sepi,
Namun yakinlah wahai Zafirah Zahra sayang,
Doa dan kasih kami akan sentiasa mengiringi sepanjang perjalananmu yang panjang.

Ziarah ini menjadi bukti bahawa kasih sayang sesama insan tidak pernah mengenal batas waktu mahupun peranan. Kami hadir bersama doa yang tidak putus, agar keluarga adik Zafirah terus diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. 

Langit mendung redup bersemi,
Angin berbisik sayu tak henti,
Ujian datang menguji hati,
Tabahlah dik, terus berdiri.

Semoga program ini terus menyubur nilai kemanusiaan dan menyemai benih kasih yang ikhlas dari hati ke hati.


Wednesday, May 28, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 5/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tanggal 28 Mei 2025, pihak sekolah meneruskan Program Ziarah Cakna. Kali ini aktiviti ziarah ke rumah salah seorang Pembimbing Rakan Sebaya iaitu Andrew Jason Anak Jerry (kelas 6 Topaz) di Rumah Pangsa Angsana. Andrew Jason merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Jerry dan Puan Lucy. 

Andrew Jason baharu sahaja dibenarkan pulang ke rumah pada petang semalam setelah seminggu dimasukkan ke ward Hospital Serdang. Andrew Jason telah disahkan mengalami masalah darah himufilia. Keprihatinan daripada pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada Andrew Jason sekeluarga. 

Program Ziarah Cakna kali ini dihadiri oleh ialah Puan Fauziah binti Salehoddin (PK HEM), Puan Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling), Puan Sugunah a/p Ramamoorthy (Guru Bimbingan dan Kaunseling), Puan Nasibah binti Sairi (Setiausaha Jawatankuasa Kebajikan) dan  Puan Idayu binti Ayob (Guru Kelas 6 Topaz). Turut serta dalam kalangan PIBG ialah Puan Noor Aisha binti Saleh Kamal (NYDP PIBG) dan Puan Ririnsanra binti Risnaldi, ibu kepada salah seorang murid SK Pulau Meranti. 

Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai Ziarah Cakna Siri 5/2025 kali ini dan terima kasih kepada ibu bapa Andrew Jason yang sudi menerima kunjungan kami. Semoga Andrew Jason segera pulih. 



Thursday, April 17, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 4/2025

Assalamualaikum dan Salam 18 Syawal..

Program Ziarah Cakna merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkukuh hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga murid. Pada hari ini, pihak SK Pulau Meranti melaksanakan aktiviti Ziarah Cakna dengan tujuan utamanya iaitu  bagi menjalin hubungan erat antara pihak sekolah dan komuniti. Selain itu, aktiviti Ziarah Cakna  membuktikan bahawa pihak sekolah prihatin terhadap murid. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga diucapkan kepada pegawai yang turut hadir menjayakan aktiviti Ziarah Cakna ini. 

Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi:

Tarikh: 17 April 2025, Khamis

Masa: 10.00 pagi

1) Adam Daniel bin Zamri, 6 Delima

2) Muhammad Danish Mukhriz bin Abdullah, 6 Delima

3) Nor Dayana Ariani binti Muhamad Zul Faqqar, 3 Dinamik

4) Nor Dayana Adella binti Muhamad Zul Faqqar, 2 Merbau

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:

1) Encik Sunil bin Suin, Ketua Kampung Pulau Meranti

2) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamad Suffian, Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Sepang

3) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Kelas

5) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling

6) Adik Sayyidatul Humaira binti Muhammad Ridzuan, 6 Delima

7) Adik Dayana Balqis binti Abd Hani, 6 Delima

Semoga aktiviti Ziarah Cakna dapat memberi impak positif dalam memperkukuhkan kerjasama antara sekolah dan komuniti. Pihak sekolah akan meneruskan usaha ini secara berterusan sebagai langkah menyantuni murid dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan empati. 


Friday, March 28, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 3/2025

 Assalamualaikum dan Salam 27 Ramadan...

Aktiviti Guru Penyayang diteruskan lagi dengan Program Ziarah Cakna. Ini merupakan Ziarah Cakna Siri ke-3 bagi Tahun 2025. Pihak SK Pulau Meranti mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan ziarah cakna kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami.   

Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi: 

Nama: Muhammad Danial Affandi bin Muhammad Shahidi

Kelas: 4 Nuri

Tempat: Presint 9, Putrajaya

Masa: 11.00 pagi

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:

1) Encik Jamillulail bin Mohd Junit, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, PPD Sepang.

2) Encik Azwan Hazle bin Aminuddin, Yang Dipertua PIBG 

3) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Sepang

4) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling

Semoga aktiviti Ziarah Cakna ini dapat memberi manfaat positif kepada murid sekeluarga serta dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan warga sekolah. Kami mendoakan agar murid yang kami ziarah ini akan segera pulih.


Wednesday, March 12, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 1/2025

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Kasih Sayang daripada warga SK Pulau Meranti. 

Membuka tirai Program Ziarah Cakna Siri 1/2025, wakil warga SK Pulau Meranti mengorak langkah ke Hospital Putra Jaya bagi menziarahi salah seorang murid kelas 4 Nuri iaitu Muhammad Al Iman bin Mohd Adil yang terlibat dalam kemalangan pada bulan Januari 2025. 

Ziarah hari ini pihak sekolah diwakili Puan Rosmah binti Jamat (Penolong Kanan Pentadbiran), Puan Fauziah binti Salehoddin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Puan Venessa Tan Zhi Wei (Guru Kelas Muhammad Al Iman semasa di Tahun 3 Nuri) dan Puan Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling). 

Pihak sekolah telah menerima berita khabar duka pada 24 Januari 2025 bahawa keluarga Muhammad Al Iman telah mengalami kemalangan di Maran. Kejadian kemalangan tersebut, abang sulongnya (Muhammad Al Amin, Ketua Kelas 5 Topaz) telah meninggal dunia. Muhammad Al Iman serta ibunya telah mengalami pendarahan otak. 

Sejak kejadian tersebut sehingga kini, Muhammad Al Iman masih berada di hospital. Semoga Muhammad Al Iman dan ibunya akan pulih seperti sediakala. 

Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk abang kepada Muhammad Al Iman (Allahyarham Muhammad Al Amin). Semoga ditempatkan di kalangan para mukmin..Aamiin.

Terima kasih buat semua yang mendoakan.

Sumbangan daripada warga SK Pulau Meranti telah disampaikan oleh Puan Rosmah
binti Jamat (Penolong Kanan Pentadbiran)

Semoga Muhammad Al Iman akan sembuh dengan segera