Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tanggal 28 Mei 2025, pihak sekolah meneruskan Program Ziarah Cakna. Kali ini aktiviti ziarah ke rumah salah seorang Pembimbing Rakan Sebaya iaitu Andrew Jason Anak Jerry (kelas 6 Topaz) di Rumah Pangsa Angsana. Andrew Jason merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Jerry dan Puan Lucy.
Andrew Jason baharu sahaja dibenarkan pulang ke rumah pada petang semalam setelah seminggu dimasukkan ke ward Hospital Serdang. Andrew Jason telah disahkan mengalami masalah darah himufilia. Keprihatinan daripada pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada Andrew Jason sekeluarga.
Program Ziarah Cakna kali ini dihadiri oleh ialah Puan Fauziah binti Salehoddin (PK HEM), Puan Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling), Puan Sugunah a/p Ramamoorthy (Guru Bimbingan dan Kaunseling), Puan Nasibah binti Sairi (Setiausaha Jawatankuasa Kebajikan) dan Puan Idayu binti Ayob (Guru Kelas 6 Topaz). Turut serta dalam kalangan PIBG ialah Puan Noor Aisha binti Saleh Kamal (NYDP PIBG) dan Puan Ririnsanra binti Risnaldi, ibu kepada salah seorang murid SK Pulau Meranti.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai Ziarah Cakna Siri 5/2025 kali ini dan terima kasih kepada ibu bapa Andrew Jason yang sudi menerima kunjungan kami. Semoga Andrew Jason segera pulih.
No comments:
Post a Comment