Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Pentaksiran Psikometrik Tahun 6 di SK Pulau Meranti telah dilaksanakan pada 15 Mei 2025, Khamis.
Objektif Pelaksanaan PPsi adalah bagi mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Ini adalah selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan. Rujukan surat: JPKN.800-3/1/2 Jld.7 (43)
![]() |
Taklimat PPsi kepada semua murid Tahun 6 oleh Guru Kaunseling |
No comments:
Post a Comment