Assalamualaikum dan Salam 18 Syawal..
Program Ziarah Cakna merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkukuh hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga murid. Pada hari ini, pihak SK Pulau Meranti melaksanakan aktiviti Ziarah Cakna dengan tujuan utamanya iaitu bagi menjalin hubungan erat antara pihak sekolah dan komuniti. Selain itu, aktiviti Ziarah Cakna membuktikan bahawa pihak sekolah prihatin terhadap murid. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga diucapkan kepada pegawai yang turut hadir menjayakan aktiviti Ziarah Cakna ini.
Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi:
Tarikh: 17 April 2025, Khamis
Masa: 10.00 pagi
1) Adam Daniel bin Zamri, 6 Delima
2) Muhammad Danish Mukhriz bin Abdullah, 6 Delima
3) Nor Dayana Ariani binti Muhamad Zul Faqqar, 3 Dinamik
4) Nor Dayana Adella binti Muhamad Zul Faqqar, 2 Merbau
Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:
1) Encik Sunil bin Suin, Ketua Kampung Pulau Meranti
2) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamad Suffian, Setiausaha Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Sepang
3) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Kelas
5) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling
6) Adik Sayyidatul Humaira binti Muhammad Ridzuan, 6 Delima
7) Adik Dayana Balqis binti Abd Hani, 6 Delima
Semoga aktiviti Ziarah Cakna dapat memberi impak positif dalam memperkukuhkan kerjasama antara sekolah dan komuniti. Pihak sekolah akan meneruskan usaha ini secara berterusan sebagai langkah menyantuni murid dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan empati.
No comments:
Post a Comment