Friday, April 25, 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Tahun 2025

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.

Alhamdulillah..pada hari ini pihak SK Pulau Meranti telah berjaya melaksanakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025. Majlis ini diadakan bagi meraikan kegembiraan Hari Raya bersama seluruh warga sekolah. Majlis ini menjadi platform untuk memupuk semangat kekeluargaan, kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid, guru, ibu bapa serta staf sokongan. 

Majlis berlangsung dengan meriah dan jayanya. Kehadiran yang menggalakkan daripada warga sekolah serta penyertaan aktif dalam semua aktiviti membuktikan sambutan ini berjaya mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa. Semangat muhibbah dan perpaduan amat jelas kelihatan sepanjang program dijalankan. 

Buku Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025

Berikut merupakan rakaman gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung:






No comments: