Wednesday, July 16, 2025

Program Ziarah Cakna Siri 6/2025


Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari
Nama Murid: Nur Zafirah Zahra binti Zaldi (4 Nuri)

Program Ziarah Cakna Siri 6/2025 telah dilaksanakan sebagai satu bentuk sokongan emosi, kasih sayang dan empati daripada warga sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah Sepang terhadap Nur Zafirah Zahra sekeluarga yang sedang kesedihan. Kehadiran kami bukan sekadar membawa sumbangan, tetapi menyampaikan rasa prihatin dan belaian hati buat Nur Zafirah Zahra yang kini menempuh fasa duka pemergian ayah tersayang pada 22 Jun 2025

Barisan Hadir Semasa Ziarah:

  1. Encik Jamillulail bin Mohd Junit – Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Hal Ehwal Murid

  2. Encik Khairil Anuar bin Othman – Guru Besar

  3. Puan Fauziah binti Salehoddin – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

  4. Encik Noorhisham bin Mohd Noor – Guru Kelas 4 Nuri

  5. Puan Nasibah binti Sairi – Guru Kebajikan

  6. Puan Juli binti Mahbah – Guru Bimbingan dan Kaunseling

  7. Ustaz Samsoe Riza bin Mohamed – Guru Pendidikan Islam

  8. Encik Shaiful Nizam bin Jamaudin – Pembantu Operasi

Hilangnya ayah… umpama langit kehilangan mentari,
Langkah kecilmu kini menjejak bayang yang sepi,
Namun yakinlah wahai Zafirah Zahra sayang,
Doa dan kasih kami akan sentiasa mengiringi sepanjang perjalananmu yang panjang.

Ziarah ini menjadi bukti bahawa kasih sayang sesama insan tidak pernah mengenal batas waktu mahupun peranan. Kami hadir bersama doa yang tidak putus, agar keluarga adik Zafirah terus diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. 

Langit mendung redup bersemi,
Angin berbisik sayu tak henti,
Ujian datang menguji hati,
Tabahlah dik, terus berdiri.

Semoga program ini terus menyubur nilai kemanusiaan dan menyemai benih kasih yang ikhlas dari hati ke hati.


No comments: