Wednesday, July 2, 2025

Pertandingan Madah Intelek Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) (MiPERS) Tahun 2025


Pertandingan Madah Intelek PRS merupakan satu pertandingan yang mencungkil kemampuan PRS menyampaikan mesej secara lisan berhubung peranan dan tanggungjawab PRS di sekolah. Kemenjadian PRS dalam penyampaian perkhidmatannya dilihat dapat bergerak seiring dengan usaha membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling khususnya rakan sebaya bagi menangani dan menghadapi isu dan permasalahan yang timbul di peringkat sekolah. Matlamat Pertandingan Madah Intelek PRS dilaksanakan iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mahir dalam pengucapan awam. 

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua PRS yang berani menyahut cabaran serta menunjukkan keyakinan diri dalam menyertai Pertandingan Madah Intelek. Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman berharga yang menyemai semangat kepimpinan, memperkukuh nilai murni serta menyuburkan bakat komunikasi dalam kalangan PRS ke arah membentuk generasi yang berdaya saing dan berakhlak mulia. 

Objektif:
1. Membantu PRS menguasai dan memahami tugas serta peranannya sebagai seorang PRS secara holistik. 
2. Membantu PRS menguasai kemahiran pengucapan awam.
3. Melahirkan PRS yang berkeyakinan dan berani melontarkan idea dan pendapat secara ilmiah.
4. Membina PRS yang berkarisma dan intelektual.

Tarikh Pertandingan dan Kategori: 
1) 19 Jun 2025, Khamis :  MiPERS Cilik (PRS Tahun 5)
2) 25 Jun 2025, Rabu : MiPERS Cilik (PRS Tahun 4)
3) 2 Julai 2025, Rabu : MiPERS Intelek (PRS Tahun 6) 

Keputusan Pemenang Pertandingan MiPERS Cilik (PRS Tahun 5):
Johan : Nur Amira Damia binti Zailani, 5 Beta
Naib Johan: Mia Umairah binti Mohd Salainsah, 5 Alpha
Ketiga: Marissa Dhia Nadhhrah binti Nor Azlan, 5 Alpha

Keputusan Pemenang Pertandingan MiPERS Cilik (PRS Tahun 4):
Johan: Muhammad Kasyfi Hakim bin Muhammad Khairul 'Azmi, 4 Helang
Naib Johan: Putri Adra Sofea binti Mohd Hafiz, 4 Helang
Ketiga: Muhammad Qawiyyul Ameen bin Mohd Khairul, 4 Serindit

Keputusan Pemenang Pertandingan MiPERS Intelek (PRS Tahun 6):
Johan: Sayyidatul Humaira binti Muhammad Ridzuan, 6 Delima
Naib Johan: Muhammad Daniel Mikail bin Suhaimi, 6 Delima
Ketiga: Nurul Husna Insyirah binti Mohd Syahir Husni, 6 Delima
 
Pertandingan usai, pengalaman diberi    
Ilmu dan hikmah jadi pedoman,
PRS melangkah penuh berani,
Mencipta jejak penuh harapan.

Madah Intelek bukan sekadar bicara,
Tapi tanda jiwa berilmu dan berbudi,
PRS mendidik, memimpin secara sukarela,
Membina sahsiah untuk masa hadapan nanti. 
                                                                                               

Lensa Kamera Sepanjang Pertandingan MiPERS Berlangsung Pada 19 Jun 2025: 

Persembahan Madah Intelek oleh PRS Tahun 5


Guru Besar menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang Pertandingan MiPERS PRS Tahun 5

Guru Besar menyampaikan sijil dan hadiah saguhati kepada peserta 

Lensa Kamera Sepanjang Pertandingan MiPERS Berlangsung Pada 25 Jun 2025:

Persembahan Madah Intelek oleh PRS Tahun 4

Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang

Penyampaian sijil dan hadiah saguhati kepada peserta Madah Intelek


Lensa Kamera Sepanjang Pertandingan MiPERS Berlangsung Pada 2 Julai 2025:


Persembahan Madah Intelek oleh PRS Tahun 6

Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang

Penyampaian sijil dan hadiah saguhati kepada peserta

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada barisan hakim dan urus setia

Lagu Pembimbing Rakan Sebaya:


No comments: