Thursday, February 12, 2026

Ziarah Cakna Siri 5/2026

Assalamualaikum dan salam kasih sayang..

Tarikh: 12 Februari 2026
Hari: Khamis
Masa: 2.00 petang
Tempat: Rumah kediaman murid

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon bidara;
Datang menziarah tanda peduli, 
Mengerat ukhuwah menyemai rasa. 

Pada hari ini, aktiviti Ziarah Cakna di bawah Amalan Sekolah Penyayang telah dilaksanakan dalam suasana sederhana namun penuh keikhlasan dan kasih sayang. Kami berkesempatan menziarahi murid Tahun 6 Gamma, iaitu Waldan bin Izman, yang kini sedang berehat di rumah setelah mengalami patah kaki akibat terjatuh ketika bermain bola di hadapan rumahnya. 

Kunjungan ini disertai oleh Ketua Guru Disiplin yang juga Jurulatih Nasyid sekolah, Ustaz Tuan Asri bin Tuan Deraman, bersama empat orang wakil nasyid iaitu Umar Fateh bin Muhamad Yazit (6 Gamma), Muhammad Izz Ashraf bin Sulaiman (6 Beta), Arief Hazimi bin Ahmad Rithauddeen (6 Gamma) dan Nuh Mikail bin Mohammad Ammirul Asswat (6 Gamma). Kehadiran mereka bukan sekadar sebagai rakan seperjuangan dalam nasyid, tetapi sebagai sahabat yang hadir membawa doa, senyuman dan semangat. 

Semoga kunjungan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati Waldan, memberi semangat untuk terus tabah menghadapi ujian serta mempercepatkan proses kesembuhannya. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa Waldan atas kesudian menerima kunjungan kami. 

Lensa Kamera:

Hadir membawa doa dan semangat

Sahabat hadir, hati terubat

Satu ziarah, seribu makna

Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

No comments: