Wednesday, February 11, 2026

Ziarah Cakna Siri 4 / 2026

Salam Kasih Sayang 

Tarikh: 10 Februari 2026
Masa: 3.15 petang
Tempat: Rumah murid

Nama Murid: Luthfi Mateen Bin Mohd Syarifuddin
Kelas: Tahun 2 Al Farabi


Ziarah Cakna Siri 4/2026 ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang pihak sekolah terhadap murid Tahun 2 Al Farabi yang telah mengalami patah tangan akibat kemalangan di sekolah agamanya.

Kehadiran kami disambut mesra oleh ibu bapa murid. Murid didapati berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses pemulihan setelah menerima rawatan di hospital.

Walaupun tangan masih berbalut dan pergerakan terbatas, wajah murid tetap ceria menerima kunjungan guru.

Kunjungan ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa, di samping menyampaikan kata -kata semangat agar murid berkenaan terus tabah, kuat dan bersemangat dalam program pemulihan.


Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna

1. Encik Khairil Anuar Bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti

2. Puan Parimala A/P Vengadaslam , Guru Penolong Kanan Petang

3. Puan Sugunah Ramamoorthy, Guru Bimbingan dan Kaunseling sesi Petang

4. Puan Juli Binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling sesi Pagi

5. Puan Venessa Tan Zhee Wei

Semoga murid dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan dapat kembali ke sekolah dengan semangat yang lebih berkobar-kobar. Ziarah ini mencerminkan komitmen berterusan pihak sekolah dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling

No comments: