Thursday, February 5, 2026

Majlis Serahan Bakul Makanan

Tarikh: 5 Februari 2026
Hari: Khamis
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Syura Utama

Senarai nama pihak yang memberi sumbangan Bakul Makanan:

1. Puan Anis Azlina binti Asikin: Pegawai Eksekutif Pengurusan Persatuan Penduduk Taman Kipark Puchong; Ahli Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Pulau Meranti
2. Encik Syed Putra Ashman bin Syed Abu Talib: Wakil KRT Taman Kipark Puchong
3. Encik Mohamad Sabkie bin Mohd Yusof: Ahli Lembaga Pengarah Masjid Pulau Meranti; Ahli Jawatankuasa Perunding Penduduk Bandar Bukit Puchong
4. Puan Fatin Azwa binti Sidik: Ahli Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Pulau Meranti


Hulur tangan menyulam harapan,
Ikhlas diberi tanpa diminta;
Moga kebajikan jadi amalan,
Membawa berkat dunia akhirat kita. 

Keprihatinan terhadap kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan warga SK Pulau Meranti. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati menerima Bakul Makanan daripada pihak yang prihatin untuk diserahkan kepada 30 orang murid yang layak. Inisiatif ini merupakan manifestasi kasih sayang serta sokongan moral kepada murid serta keluarga yang memerlukan. 

Program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan berbentuk meterial, malah berperanan sebagai jambatan kasih yang menyentuh emosi dan menyuntik sinar harapan dalam jiwa murid. Melalui program ini, murid dapat merasai bahawa mereka tidak bersendirian, bahkan sentiasa disokong dan disayangi oleh pihak sekolah dan masyarakat setempat. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga serta memberi kekuatan kepada murid untuk terus hadir ke sekolah dengan hati yang tenang dan semangat yang lebih membara. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan  dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah dan diberkati oleh Allah SWT. 

Lensa Kamera:

Pengacara Majlis: Puan Juli binti Mahbah

Ucapan Ecik Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SKPM

Ucapan Puan Anis Azlina binti Asikin

Barisan pentadbir SKPM

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyampian Sijil Penghargaan dan Cenderamata

Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir, para pemberi sumbangan Bakul Makanan, AJK Serahan Bakul Makanan dan murid-murid yang terlibat

No comments: