Saturday, September 12, 2026

KARNIVAL X-PRESI CITRA MERDEKA * KARIScMA* TAHUN 2026

Pada 12 September 2026,  Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menjadi lokasi berlangsungnya Karnival X-Presi Citra Merdeka (KARIScMA) 2026, sebuah program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti pendidikan, kreativiti, inovasi, kesihatan, keusahawanan dan pengiktirafan pencapaian murid dalam suasana yang meriah dan penuh bermakna.

Karnival ini dianjurkan oleh Unit Kurikulum SK Pulau Meranti dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pulau Meranti, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang, FAMA Dengkil, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) Pulau Meranti serta sekolah jemputan iaitu SK Salak, SK Jenderam Hilir, SK Taman Putra Perdana dan SK Taman Putra Perdana 2

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Faizal bin Husin , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. 


Karnival X-PRESI CITRA MERDEKA (KARIScMA) SK Pulau Meranti 2026 merupakan program khas Unit Kurikulum yang dirancang sebagai platform pembelajaran autentik, kreatif dan menyeronokkan dengan mengintegrasikan elemen akademik, STEM, seni, digital dan patriotisme.

Memperkasa Potensi dan Kemenjadian Murid.

Pelbagai pameran, galeri dan aktiviti menarik
Antara pengisian utama yang disediakan sepanjang karnival ialah:

Penganjuran KARIScMA 2026 menjadi platform kepada warga sekolah untuk mengetengahkan potensi, bakat, kreativiti, inovasi serta pencapaian murid melalui pelbagai pameran, galeri, reruai dan aktiviti interaktif.

Program ini turut memberi peluang kepada murid untuk belajar di luar bilik darjah melalui pengalaman secara langsung yang menggabungkan elemen pendidikan, kehidupan seharian, kesihatan, teknologi, keusahawanan dan kemasyarakatan.

1. Pameran STEM & Inovasi

2. Galeri Kreativiti & Kemenjadian Murid

3. Galeri Digital

4. Kesedaran Kesihatan Awam

5. Anugerah Pencapaian Murid

6. Jualan Agro MADANI FAMA

7. Farm Fresh Corner

8. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

9. Juadah Ceria Percuma kepada Murid

10. Pengiktirafan Merit PAJSK Daerah


Jalinan Kerjasama Sekolah dan Komuniti

KARIScMA 2026 turut memperlihatkan kepentingan jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan pelbagai agensi dan komuniti setempat. Kerjasama strategik bersama PIBG SK Pulau Meranti, PPD Sepang, FAMA Dengkil, JKPP Pulau Meranti serta sekolah jemputan telah membantu menjayakan program yang memberi manfaat kepada murid dan warga sekolah.

Buku Program : Klik disini -https://anyflip.com/nzetq/wezd/

LENSA KARIScMA 2026

Merakam detik, mencipta kenangan, menyemarakkan kemenjadian murid.


 


Poster - poster hebahan

AJK PA Sistem & Pengacara Majlis 

AJK Hadiah


Sudut Pendaftaran 


VIP sedang berjamu selesa













Gerai - gerai jualan

Senamrobik






























Galeri Pameran & Inovasi Kemenjadian Murid

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Pertandingan mewarna anguran Farm N Fresh

Persembahan Murid

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku Dan Lagu Negeri Selangor

Majlis diberkati dengan bacaan Doa oleh Adik Abdullah Luthfi bin Ahmad Firdaus

Ucapan En. Khairil Anuar Bin Othman Guru Besar SK Pulau Meranti.

Ucapan Perasmian Oleh Encik Mohd Faizal bin Husin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Sepang


Gimik Perasmian - Video Montaj


Persembahan Pra Sekolah

Johon Bicara Buku Bahasa Melayu - Adik Shauqina Norhanani

Persembahan Menyanyi oleh Adik Ihdal Hisnayain binti Mohd Khairul

Penyampaian Cenderahati kepada Sekolah Jemputan SK Jenderam Hilir 

Penyampaian Cenderahati kepada Sekolah Jemputan SK Taman Putra Perdana 2

Penyampaian Cenderahati kepada Sekolah Jemputan SK Taman Putra Perdana 

Penyampaian Cenderahati kepada Sekolah Jemputan SK Salak

Penyampaian Sijil Jalinan Kerjasama Korporat antara SK Jenderam Hilir & SK Pulau Meranti

Bergambar bersama Pemenang

Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Anugerah Krativiti & Inovasi Kurikulum

Penyampaian Cenderahati Kepada Perasmi

Persembanhan Menyanyi oleh Adik Mia Humairah

Book Review by Qaseh Rania

Penyampaian Cenderahati kepada Rakan Strategik




VIP Melawat Galeri Pameran



Booth Sekolah jemputan SK Taman Putra Perdana & SK Taman Putra Petdana 2


Mewujudkan Pengalaman Pembelajaran Bermakna

Secara keseluruhannya, Karnival X-Presi Citra Merdeka (KARIScMA) 2026 berjaya menjadi satu wadah yang menggabungkan pendidikan, kreativiti, inovasi, kesihatan, keusahawanan, kokurikulum dan kemenjadian murid dalam satu program yang menyeluruh.

Program seperti ini bukan sahaja memberi ruang kepada murid untuk mempamerkan kebolehan dan bakat, malah membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, daya kreativiti, semangat kerjasama dan kesedaran terhadap peranan mereka dalam komuniti.

Pihak SK Pulau Meranti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan Karnival X-Presi Citra Merdeka (KARIScMA) 2026.

Semoga penganjuran KARIScMA terus menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan murid yang berilmu, kreatif, inovatif, berdaya saing dan mempunyai sahsiah terpuji, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

“X-Presi Citra, Serlahkan Potensi, Cipta Kecemerlangan!”

Sekian, terima kasih.


No comments: