Saturday, November 14, 2026

PROGRAM KEIBUBAPAAN " KELUARGA SEJAHTERA, ANAK CEMERLANG" SKPM TAHUN 2026

Tarikh: 14 November 2026 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pulau Meranti

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pulau Meranti telah menganjurkan "Program Keibubapaan “Keluarga Sejahtera, Anak Cemerlang” pada 14 November 2026 (Sabtu), bertempat di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti. Program yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah mendapat pengisian daripada penceramah jemputan, Tuan Haji Bakhtiar Fitri bin Haji Abdul Hamid, Pengarah Urusan / Perunding Utama NADI ILMU Training Management merangkap Certified HRDC Trainer.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa tentang kepentingan peranan serta tanggungjawab mereka dalam membentuk keluarga yang harmoni, sejahtera dan bahagia. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pendekatan keibubapaan yang berkesan dalam mendidik, membimbing serta membentuk sahsiah dan potensi anak-anak agar menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik, emosi, sosial dan tingkah laku.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang memperoleh pelbagai perkongsian ilmu, panduan dan tip keibubapaan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pengisian yang disampaikan turut menekankan kepentingan komunikasi berkesan, hubungan erat antara ibu bapa dengan anak-anak serta persekitaran keluarga yang positif dalam menyokong perkembangan dan kecemerlangan anak-anak.

Program turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan suasana serta memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para peserta.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan manfaat dan impak positif kepada semua ibu bapa dalam memperkukuh institusi kekeluargaan serta meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan anak-anak bukan hanya bergantung kepada usaha pihak sekolah, malah memerlukan sokongan, kasih sayang, perhatian dan bimbingan berterusan daripada ibu bapa.


  

 




Kaunter Pendaftaran


Ucapan En. Khairil Anuar Bin Othman, Guru Besar SKPM

Ucapan Perasmian oleh Pn. Norasmawati Binti Omar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid






Sesi Soal Jawab

Ceramah " Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Emosi Anak-Anak Oleh Tuan Haji Bakhtiar Fitri Bin Haji Abdul Hamid


Penyampaian cabutan bertuah

Penyampaian Sijil dan Penghargaan serta Cenderamata

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, pihak PIBG, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti


Tuesday, November 3, 2026

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-39 SESI PETANG

Tarikh: 2/11/2026

Masa : 1.00-1.30 petang

Tempat : Anjung Meranti

 Guru Bertugas :

1) Cik Khairunnisa Syazrin binti Kamarzaman (Ketua)
2) Pn. Norsaliza binti Abd Ghani
3) En. Shamsoe Riza Mohamed
4) En. Mohammad Faiz bin Jamaluddin
5) En. Nik Muhd Afiq Aizuddin bin Mamat Sanusi
6) Pn. Nasibah binti Sairi
7) En. Muhammad Naqib bin Ada'ya@Zakaria

GPK Bertugas : Tn. Hj. Mohamad Zaidir bin Zainal Abidin

Pengerusi Majlis : Cik Khairunnisa Syazrin binti Kamarzaman (Ketua)


AGENDA :

1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2) Bacaan doa : Muhamed Luqman Afeef bin Mohamed Syafiq (3 Galileo)
3) Rukun Negara : Haifa Tasneem binti Mohd Tassahail (3 Einstein)
4) Ikrar Murid : Miqaila binti Mohd Basri(2 Ibnu Batutta)







UCAPAN GURU BERTUGAS
-disampaikan oleh Cik Khairunnisa Syazrin binti Kamarzaman 
- memperkenalkan guru bertugas minggu ini
- berucap berkaitan tema : Mematuhi Peraturan Jalan Raya
- mengingatkan murid tentang penjagaan pas keluar kelas



UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG
- Tn. Hj. Mohamad Zaidir bin Zainal Abidin
-  memaklumkan bahawa perjumpaan Kokurikulum akan diadakan pada Hari Rabu, 4hb November 2026 bagi murid Tahun 3
- memberi makluman kepada murid tentang Hari Kanak-kanak yang akan diadakan pada Jumaat, 6hb November:
* murid datang ke sekolah seperti biasa sebelum 2.30 petang
* pakaian digalakkan memakai pakaian ikut tema 'Jelajah Dunia', hendaklah sopan dan tidak menjolok mata
* memakai kasut bertutup (ikut tema/kasut sekolah)
- memaklumkan tentang cuti sempena perayaan Deepavali (7hb-10hb November)
- mengingat tentang keselamatan semasa cuti



PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PROGRAM SAFE (PANITIA MORAL DAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL)

- disampaikan oleh GPK Kokurikulum, En. Norazli bin Mohd Zahidin diiringi GPK Petang, Tn. Hj. Mohamad Zaidir bin Zainal Abidin








Perhimpunan bersurai pada pukul 1.30 petang.

Sunday, October 25, 2026

JAMUAN BADAN KEPIMPINAN SK PULAU MERANTI 2026

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 2.00 – 5.00 petang Tempat: Dashbox Hotel, Cyberjaya

Memperkukuh Kepimpinan, Menjalin Ukhuwah, Mencipta Kenangan

Pada 24 Oktober 2026 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menganjurkan Majlis Jamuan Badan Kepimpinan SK Pulau Meranti bertempat di Dashbox Hotel, Cyberjaya, bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada barisan badan kepimpinan sekolah atas komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan dalam membantu melancarkan pelaksanaan pelbagai aktiviti serta program sekolah. Penganjuran majlis ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dalam suasana yang santai, mesra dan penuh kemeriahan.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran tetamu, diikuti dengan bacaan doa bagi memberkati perjalanan majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Pulau Meranti yang menyampaikan penghargaan dan kata-kata motivasi kepada semua yang hadir. Para tetamu kemudian menikmati jamuan makan sambil beramah mesra dalam suasana yang harmoni dan ceria.

Kemuncak majlis diserikan dengan persembahan yang menghiburkan serta sesi penyampaian hadiah dan hamper kepada para penerima. Pengiktirafan turut diberikan menerusi anugerah Pakaian Tema Terbaik bagi murid lelaki dan perempuan, di samping kategori guru lelaki dan guru perempuan. Penghargaan ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti dan keunikan penampilan para peserta, malah menambahkan lagi kemeriahan majlis.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersama sebelum semua tetamu bersurai. Setiap detik yang tercipta menjadi kenangan bermakna yang diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuh hubungan dalam kalangan warga SK Pulau Meranti.


Lensa Kamera: 


Slot Pendaftaran


Ucapan Aluan Pengacara Majlis: Cikgu Juli 



Bacaan Doa: Cikgu Nik Afiq


Ucapan Guru Besar: Cikgu Khairil Anuar

 


Jamuan Makan



Persembahan Murid



Ucapan Murid





Penyampaian Hadiah Persembahan dan Tema Pakaian Terbaik Mengikut Kategori







Sesi Bergambar dan Bersurai

Semoga penganjuran majlis seumpama ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kepimpinan yang cemerlang, semangat kerja berpasukan yang kukuh serta hubungan yang erat antara semua pihak. Sesungguhnya, penghargaan yang diberikan merupakan tanda pengiktirafan terhadap setiap usaha dan komitmen yang dicurahkan demi kecemerlangan sekolah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Jamuan Badan Kepimpinan SK Pulau Meranti 2026. Semoga semangat kepimpinan, kerjasama dan kebersamaan ini terus mekar demi merealisasikan aspirasi sekolah yang cemerlang.

SK Pulau Meranti — Bersama Melakar Kecemerlangan.