Pada 29 Januari 2026 (Khamis), Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Murid bagi bulan Januari dengan jayanya. Majlis ini dilaksanakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dari jam 7.18 hingga 7.28 pagi dan sesi petang dari jam 1.00 hingga 1.10 petang.
Majlis sambutan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan Januari, di samping menanam rasa bangga serta dihargai dalam diri murid apabila nama mereka disebut dan diraikan bersama warga sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis ialah pemasangan lagu hari lahir serta penyampaian hadiah hari lahir kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari. Bagi sesi pagi, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosmah Binti Jamat diiringi oleh Penolong Hal Ehwal Murid, Puan Fauziah binti Salehoddin. Manakala bagi sesi petang, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Parimala A/P Vengadaslam.
Majlis sambutan untuk sesi pagi telah dikendalikan oleh Puan Juli binti Mahbah manakala majlis sambutan sesi petang dikendalikan oleh Puan Sugunah A/P Ramamoorthy. Kerjasama guru-guru turut membantu melancarkan perjalanan majlis.
Untuk makluman, bermula tahun ini majlis sambutan hari lahir murid akan dilaksanakan pada setiap bulan sebagai salah satu usaha pihak sekolah dalam memupuk budaya penyayang serta mempererat hubungan dalam kalangan warga sekolah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama serta sokongan semua guru dalam menjayakan majlis ini.
LENSA KAMERA

.jpeg)






























































