Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023, No.Ruj: KPM.100-1/3/1 Jld.8 (32) mengenai pengurusan minggu pertama persekolahan. Pihak sekolah perlu melaksanakan program / aktiviti bermula pada hari pertama persekolahan.
Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik
sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras
dengan hasrat KPM untuk mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah
Bitara dan Negara Sejahtera”. Minggu pertama persekolahan seharusnya
dimanfaatkan dengan pelaksanaan program / aktiviti menyeronokkan yang dapat
menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental
untuk melaksanakan proses pendidikan formal.
Objektif perlaksanaan program ini adalah :
- Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang.
- Meningkatkan adab, akhlak dan motivasi dalam pembentukan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah.
- Mempunyai nilai Pendidikan dan berinformatif.
- Menambahbaik kesejahteraan mental dan emosi murid-murid.
- Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti.


























































No comments:
Post a Comment