Monday, January 19, 2026

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KEDUA (SESI PAGI) & MAJLIS SUMBANGAN AIR VITAGEN

 

  • Tarikh   : 19 Januari 2026
  • Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat  : Meranti Square


Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1. En. Ridzuan Amir bin Mohamad
  2. Pn. Norazmah binti Che Omar
  3. Pn. Aznizah binti Muslim
  4. Pn. Khairun Nisa’ binti Che Noh
  5. En. Afiq Azri bin Muhamad Khuairi


Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis : QASEH RANIA AMANI BINTI NUR RIDHUAN (6 ALPHA)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Bacaan Doa : ARIEF HAZIMI BIN AHMAD RITHAUDDEEN (6 GAMMA)
  • Ikrar Rukun Negara :  QASEH RANIA AMANI BINTI NUR RIDHUAN (6 ALPHA)
  • Ikrar Murid : HANNAH THAQIFAH BINTI MOHD TASSAHAIL (6 BETA)
 


Ucapan Guru Bertugas
  • Disampaikan oleh En. Ridzuan Amir bin Mohamad
  • Tema : Disiplin "Keselamatan"
  • menekankan bahawa keselamatan bermula daripada disiplin diri. Keselamatan di sekolah bukan sekadar mematuhi papan tanda tetapi melibatkan tanggungjawab murid untuk menjaga diri dan rakan-rakan melalui tindakan yang betul.
Antara amalan disiplin keselamatan yang ditekankan ialah:
    1. Berjalan dengan tenang dan tidak berlari di kawasan sekolah (terutamanya di tangga).
    2. Sentiasa beratur dengan tertib.
    3. Mematuhi arahan guru dan pengawas pada setiap masa.
    4. Mengelakkan gurauan kasar yang boleh mendatangkan kecederaan.

    Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)
      • Ucapan selamat kembali dan harapan agar semua murid dapat memberikan kerjasama sepenuhnya serta belajar dengan bersungguh-sungguh.
      • Penekanan untuk terus memperbaiki tahap disiplin diri dari semasa ke semasa.
      • Murid disaran menanam azam untuk hadir awal ke sekolah dan mengekalkan motivasi belajar yang tinggi.
      • Tandas lelaki telah dinaiktaraf. Semua murid diminta bekerjasama menjaga kebersihan dan keceriaan tandas tersebut.


      Disiplin murid : Baik dan terkawal



      SUMBANGAN AIR VITAGEN DARI DUTHACO KEPADA PIHAK SEKOLAH

      Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

      • Mengalu-alukan kehadiran wakil daripada syarikat Duthaco ke sekolah.
      • Merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Duthaco atas keprihatinan menyumbangkan minuman Vitagen kepada para pelajar

      Ucapan Guru Besar
      • Mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Duthaco atas sumbangan minuman Vitagen yang diberikan secara percuma kepada semua murid.
      • Memuji inisiatif pihak Duthaco yang memilih sekolah ini sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
      • Mengharapkan hubungan baik antara pihak sekolah dan Duthaco ini akan terus terjalin erat menerusi pelbagai program kolaborasi pada masa akan datang.
      • Mendoakan agar syarikat Duthaco terus maju jaya dan diberkati atas segala sumbangan bakti yang diberikan kepada warga pendidikan.

      Ucapan Wakil Duthaco
      • Menzahirkan rasa bangga dapat menyumbang kepada keceriaan suasana sekolah dan menyokong kebajikan warga pendidikan.
      • Mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan pihak pentadbiran atas kerjasama erat dalam menjayakan sesi agihan sumbangan ini.
      • Berharap agar sumbangan kecil ini memberi impak besar kepada kesihatan murid-murid dan mendoakan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.

      Penyampaian sumbangan Duthaco kepada pihak sekolah


      Penyampaian cenderamata dari Pihak Sekolah

       

      Agihan Minuman Vitagen kepada murid:

       


      Sesi Bergambar:











      No comments: