Minggu pertama persekolahan merupakan langkah awal yang penting dalam perjalanan pembelajaran murid. Selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.5 Tahun 2023, pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti seawal hari pertama bagi mewujudkan suasana sekolah yang ceria, mesra dan selamat.
Pelaksanaan aktiviti yang santai, menyeronokkan dan bermakna ini memberi ruang kepada murid untuk menyesuaikan diri, membina keyakinan serta menyemai adab, sahsiah dan motivasi diri. Penekanan turut diberikan kepada kesejahteraan emosi agar murid hadir ke sekolah dengan rasa gembira, tenang dan bersedia untuk belajar.
Program ini juga menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah. Suasana yang positif dan penuh sokongan ini diharap dapat menjadi asas kukuh dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi, sahsiah dan akademik, seiring aspirasi "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan negara Sejahtera".






No comments:
Post a Comment