Friday, February 27, 2026

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-7 (SESI PETANG)

 

  • Tarikh    : 23 Februari 2026
  • Masa      : 1.00-1.30 PETANG
  • Tempat   : ANJUNG MERANTI

Guru Bertugas :

1.      EN. NIK MUHD AFIQ AIZUDDIN (KETUA)

2.      PN. NASIBAH BINTI SAIRI

3.      CIK KHAIRUNNISA SYAZRIN BINTI KAMARZAMAN

4.      PN. NORSALIZA BINTI ABD GHANI

5.      PN. NUR SHAZWANI BINTI HAMZAH

6.      EN. SHAMSOE RIZA BIN MOHAMED 


AKTIVITI

Pengerusi Majlis: En. Nik Muhd Afiq Aizuddin

Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah


UCAPAN GURU BERTUGAS

- mengumumkan guru bertugas minggu ini.
- Ucapan Tema : Disiplin "Amalan Baik"


MAJLIS PELUNCURAN IHYA' RAMADAN DAN TABUNG KASIH RAMADAN 1447 H

Pengerusi Majlis Peluncuran, Pn. Sharifah Nurul Hafizah

Bacaan doa dipimpin oleh En. Shamsoe Riza

Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar, En. Khairil Anuar

Perasmian 

Gimik Perasmian Ihya' Ramadan dan Tabung Kasih Ramadan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Khairil Anuar dan GPK Petang, Pn. Parimala

Penyampaian cenderahati

U

Thursday, February 12, 2026

Ziarah Cakna Siri 5/2026

Assalamualaikum dan salam kasih sayang..

Tarikh: 12 Februari 2026
Hari: Khamis
Masa: 2.00 petang
Tempat: Rumah kediaman murid

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon bidara;
Datang menziarah tanda peduli, 
Mengerat ukhuwah menyemai rasa. 

Pada hari ini, aktiviti Ziarah Cakna di bawah Amalan Sekolah Penyayang telah dilaksanakan dalam suasana sederhana namun penuh keikhlasan dan kasih sayang. Kami berkesempatan menziarahi murid Tahun 6 Gamma, iaitu Waldan bin Izman, yang kini sedang berehat di rumah setelah mengalami patah kaki akibat terjatuh ketika bermain bola di hadapan rumahnya. 

Kunjungan ini disertai oleh Ketua Guru Disiplin yang juga Jurulatih Nasyid sekolah, Ustaz Tuan Asri bin Tuan Deraman, bersama empat orang wakil nasyid iaitu Umar Fateh bin Muhamad Yazit (6 Gamma), Muhammad Izz Ashraf bin Sulaiman (6 Beta), Arief Hazimi bin Ahmad Rithauddeen (6 Gamma) dan Nuh Mikail bin Mohammad Ammirul Asswat (6 Gamma). Kehadiran mereka bukan sekadar sebagai rakan seperjuangan dalam nasyid, tetapi sebagai sahabat yang hadir membawa doa, senyuman dan semangat. 

Semoga kunjungan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati Waldan, memberi semangat untuk terus tabah menghadapi ujian serta mempercepatkan proses kesembuhannya. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa Waldan atas kesudian menerima kunjungan kami. 

Lensa Kamera:

Hadir membawa doa dan semangat

Sahabat hadir, hati terubat

Satu ziarah, seribu makna

Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

Wednesday, February 11, 2026

 



Ziarah Cakna Siri 4 / 2026

Salam Kasih Sayang 

Tarikh: 10 Februari 2026
Masa: 3.15 petang
Tempat: Rumah murid

Nama Murid: Luthfi Mateen Bin Mohd Syarifuddin
Kelas: Tahun 2 Al Farabi


Ziarah Cakna Siri 4/2026 ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang pihak sekolah terhadap murid Tahun 2 Al Farabi yang telah mengalami patah tangan akibat kemalangan di sekolah agamanya.

Kehadiran kami disambut mesra oleh ibu bapa murid. Murid didapati berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses pemulihan setelah menerima rawatan di hospital.

Walaupun tangan masih berbalut dan pergerakan terbatas, wajah murid tetap ceria menerima kunjungan guru.

Kunjungan ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa, di samping menyampaikan kata -kata semangat agar murid berkenaan terus tabah, kuat dan bersemangat dalam program pemulihan.


Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna

1. Encik Khairil Anuar Bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti

2. Puan Parimala A/P Vengadaslam , Guru Penolong Kanan Petang

3. Puan Sugunah Ramamoorthy, Guru Bimbingan dan Kaunseling sesi Petang

4. Puan Juli Binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling sesi Pagi

5. Puan Venessa Tan Zhee Wei

Semoga murid dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan dapat kembali ke sekolah dengan semangat yang lebih berkobar-kobar. Ziarah ini mencerminkan komitmen berterusan pihak sekolah dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Thursday, February 5, 2026

Majlis Serahan Bakul Makanan

Tarikh: 5 Februari 2026
Hari: Khamis
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Syura Utama

Senarai nama pihak yang memberi sumbangan Bakul Makanan:

1. Puan Anis Azlina binti Asikin: Pegawai Eksekutif Pengurusan Persatuan Penduduk Taman Kipark Puchong; Ahli Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Pulau Meranti
2. Encik Syed Putra Ashman bin Syed Abu Talib: Wakil KRT Taman Kipark Puchong
3. Encik Mohamad Sabkie bin Mohd Yusof: Ahli Lembaga Pengarah Masjid Pulau Meranti; Ahli Jawatankuasa Perunding Penduduk Bandar Bukit Puchong
4. Puan Fatin Azwa binti Sidik: Ahli Jawatankuasa Perunding Penduduk Zon Pulau Meranti


Hulur tangan menyulam harapan,
Ikhlas diberi tanpa diminta;
Moga kebajikan jadi amalan,
Membawa berkat dunia akhirat kita. 

Keprihatinan terhadap kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan warga SK Pulau Meranti. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati menerima Bakul Makanan daripada pihak yang prihatin untuk diserahkan kepada 30 orang murid yang layak. Inisiatif ini merupakan manifestasi kasih sayang serta sokongan moral kepada murid serta keluarga yang memerlukan. 

Program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan berbentuk meterial, malah berperanan sebagai jambatan kasih yang menyentuh emosi dan menyuntik sinar harapan dalam jiwa murid. Melalui program ini, murid dapat merasai bahawa mereka tidak bersendirian, bahkan sentiasa disokong dan disayangi oleh pihak sekolah dan masyarakat setempat. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga serta memberi kekuatan kepada murid untuk terus hadir ke sekolah dengan hati yang tenang dan semangat yang lebih membara. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan  dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah dan diberkati oleh Allah SWT. 

Lensa Kamera:

Pengacara Majlis: Puan Juli binti Mahbah

Ucapan Ecik Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SKPM

Ucapan Puan Anis Azlina binti Asikin

Barisan pentadbir SKPM

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyerahan Bakul Makanan

Penyampian Sijil Penghargaan dan Cenderamata

Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir, para pemberi sumbangan Bakul Makanan, AJK Serahan Bakul Makanan dan murid-murid yang terlibat

Tuesday, February 3, 2026

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 3

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE- 3

TARIKH: 26 JANUARI 2026

TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN 


GURU BERTUGAS 

1. EN. MOHD UZZAIR AMIN BIN SUHAIDAN 

2. PN. HAYATI BINTI KAMIS

3. EN. R. GOPI A/L RANGAYA

4. PN. NORJAYA BINTI SUMALEH 

5. CIK NURSYAHMALINA BINTI SUHADI


PENGACARA MAJLIS : ADIK HANIS THAHIRAH


Nyanyian Lagu

1. Lagu Negaraku

2. Lagu Negeri Selangor

3. Lagu Sekolah


Bacaan doa oleh adik Muhammad Aziez




Bacaan Ikrar

1. Rukun negara

- Disampaikan oleh adik Nazurah Azalia


2. Sekolah

- Disampaikan oleh adik Hannis Thahirah


Ucapan/ Laporan Guru Bertugas Minggu lepas

- Disampaikan oleh En. Ridzuan Amir




Ucapan Guru Bertugas Mingguan

 Disampaikan oleh En. Mohd Uzzair




- Memperkenalkan guru bertugas mingguan

- ulasan tentang Tema " Disiplin (Kebersihan)".

- Menerangkan tentang tema dan mengingatkan murid agar sentiasa menjaga kebersihan pakaian.

- Murid juga diingatkan agar sentiasa memastikan kebersihan diri terjaga dan terpelihara.


Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Disampaikan oleh En. Norazli bin Mohd Zahidin




- Memaklumkan aktiviti kokurikulum

- mengingatkan murid agar sentiasa menjaga keselamatan di sekolah terutamanya semasa membuat aktiviti.

- memberi peringatan tentang slogan "saya benci buli".


Lensa Kamera