Tarikh : 24 hingga 28 Julai 2023
Tema : Bantu-membantu
Guru Bertugas:
1. Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar (Ketua)
2. Tuan Haji Sofian bin Abdullah
3. Pn. Shurainee Hanim binti Mohamad Nor
4. Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fattah
5. Pn. Nasibah binti Sairi
6. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani
TUGASAN SEPANJANG MINGGU
1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu pagar sekolah bermula jam 12.30 tengah hari.
2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
3. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi guru mata pelajaran terakhir.
4. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan.
 |
Waktu datang sekolah
|
 |
| Menjamu selera di kantin semasa rehat |
 |
| Berkumpul di dataran berbumbung |
 |
| Bacaan NILAM semasa datang dan rehat |
 |
Waktu pulang sekolah
|
PROGRAM MINGGU INI:
- Aktiviti Sempena English Day
Tarikh : 25 Julai 2023 (Selasa)
Dikendalikan oleh : Pn. Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar
 |
| Aktiviti English Day |
- Program Sempena Maal Hijrah
Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat)
-Ceramah Maal Hijrah disampaikan oleh : Ustaz Noramaluddin bin Md Yusoff
-Pertandingan Kuiz
-Pertandingan Mewarna
 |
| Ceramah dan kuiz sempena Maal Hijrah |
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Tarikh : 24 Julai 2023
Masa : 5.50-6.20 petang
Tempat : Dataran Berbumbung
Pengacara Majlis : Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar
1) Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
 |
| Murid berdiri semasa menyanyikan lagu |
2) Bacaan doa dipimpin oleh pengawas, Muhammad Nur Hakim bin Nor Zahirizan dari kelas 2 Merak.
 |
| Memimpin bacaan doa |
 |
| Murid menadah tangan semasa bacaan doa |
3) Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar.
 |
| Melafazkan ikrar |
4) Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh pengawas bertugas, Aisyah Insyirah dari 2 Belatuk.
 |
| Mengetuai bacaan ikrar murid |
5) Pn. Y. Nuryati menyatakan tema minggu ini dan memeperkenalkan guru bertugas.
6) Guru bertugas minggu lepas memberikan ucapan iaitu Pn. Nurshazwani binti Sanusi.
- mengulas tema
- menegur sikap murid yang suka berlari-lari.
 |
| Pn. Nurshazwani memberikan ucapan |
7) Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Parimala A/P Vengadaslam menyampaikan ucapan.
-mengingatkan murid tentang sikap murid semasa rehat.
- menasihati murid supaya memberikan perhatian semasa guru mengajar, tidak bersidai di tepi pintu.
 |
| Pn. Parimala menyampaikan ucapan |
8) Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 6.20 petang.