Friday, June 28, 2019

Program I Love Science PPUM kolaborasi bersama Universiti Nottingham SKPM 2019

Program I Love Science PPUM Kolaborasi Bersama Universiti Nottingham


Tarikh :18 Jun 2019
Tempat :Makmal Sains SKPM
Sasaran : Tahun 5
Pengacara Majlis : Encik Mohd Syukur
Penyelaras Program: Pn. Idayu

Senarai Fasilitator
1.Prof Madya Dr. Fung Shin Yee
2. Dr. Muhammad Fazril B. Mohamad Razif
3. Dr. Lee Mei Kee
4.Dr. Yeannie Yap
5. Dr. Tan Soon Hao
6. Puan Noreena Bt. Mohd Nor
7. Puan Nur Latifah Bt. Ahmad Zaidi
8. Miss Leanne
9. Mrs Sangkary

Aktiviti
1. Mengkaji DNA pisang




2.Memerhati Kristal Pada Mikroskop




3.Memerhati Serangga Menggunakan mikroskop





4. Gunung Berapi



Penyampaian Sijil Kepada Fasilitator

Disampaikan oleh Ketua Panitia Sains Pn.Hayati



Sesi Bergambar



Tahniah Dan Terima Kasih Semua...


Thursday, June 27, 2019

PROGRAM JELAJAH APRESIASI WARISAN AUDIO VISUAL 2019

Pada 27 Jun 2019 (Khamis), Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dengan kerjasama pihak World Heritage Moving Centre telah mengadakan Program Jelajah Apresiasi Warisan Audio Visual bertempat di DewanMeranti, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Program ini mensasarkan murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4 dan Tahun 5. World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan bertujuan bagi meraikan khazanah warisan imej bergerak (audio-visual). Program ini dijalankan di 16 lokasi dengan meliputi empat elemen aktiviti utama acara iaitu tayangan koleksi audio-visual penting negara, sesi diskusi dan soal jawab, pertandingan serta kuiz dan pameran.


OBJEKTIF PROGRAM
  • Para pelajar dan masyarakat umum harus dideahkan dengan kepentingan warisan audio visual sebagai khazanah penting negara yang perlu kita hargai, raikan dan pelihara.
  • Kepentingan warisan audio visual ini harus diakui apabila di peringkat antarabangsa, UNESCO mempunyai dua program khusus bagi memelihara dan mengangkat warisan audio visual.
  • Penganjuran program ini di sekolah-sekolah terpilih serta ruang awam ini adalah satu permulaan ke arah usaha memupuk kesedaran kepada warga Malaysia mengenai hal ini.

TENTATIF PROGRAM



AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM JELAJAH APRESIASI WARISAN AUDIO VISUAL




















HARI BICARA AKADEMIK KALI 1 / 2019

Pada 26 Jun 2019, Rabu - SK Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik ke 1/2019. Hari Bicara Akademik Prasekolah dilaksanakan pada pukul 8.00pagi hingga 10.00pagi, manakala Hari Bicara Akademik Tahun 1 hingga Tahun 6 telah dijalankan pada pukul 11.30 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Pengenalan
Hari Bicara Akademik diadakan untuk memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga murid berkenaan perkembangan pencapaian akademik murid.

Matlamat
Mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah.

Objektif
· Suaikenal antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid

· Mewujudkan permuafakatan antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid.












Monday, June 24, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-23 (SESI PETANG)

Tarikh    : 24 Jun 2019
Hari       : Isnin
Masa     : 3.40 - 4.10 petang
Tempat  : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  • Pn. Nor Izwah Binti Abd. Aziz
  • Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

AKTIVITI:
  • Pengerusi Majlis: Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Bacaan Doa: Zulhaziq Hakimi Bin Zulfan
  • Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya: Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Ikrar Murid: Nur Qalesya Hannah Binti Norhelmi
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.




LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
  • Disampaikan oleh En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri.
  • Kelas masih dalam keadaan yang kurang bersih, sampah sarap penuh di dalam laci dan bertaburan di atas lantai.
  • Cikgu Riza mengingatkan murid agar membersihkan kelas pada waktu awal PDP agar pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.
  • Disiplin murid semakin merosot, ramai murid yang masih bercakap walaupun guru mengajar di hadapan. Mohon semua murid agar menghormati guru-guru terutamanya ketika PDP sedang berlangsung.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI:
  • Disampaikan oleh Pn. Nasibah Binti Sairi.
  • Tema pada minggu ini ialah Kasih Sayang bersempena Pendidikan Sivik.
  • Alunan muzik mengenai kasih sayang didendangkan kepada murid-murid.
  • Erti kasih sayang sangat besar, bukan hanya pada manusia perlu berkasih sayang tetapi dengan harta benda, haiwan dan sebagainya.
  • Oleh itu, hargailah mereka dengan kasih sayang agar diri kita sentiasa gembira dan ceria.
  • Pn. Nasibah juga memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
  • Jika ada sebarang masalah, bolehlah rujuk kepada guru yang bertugas.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Puan Hajah Nor Aini Binti Mohd Bahari.
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang hadir pada hari ini.
  • Beliau juga mengingatkan murid agar menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah.
  • Beliau juga menyatakan kasih sayang adalah luas. Pertamanya sayang pada Allah, sayang pada Rasulullah, sayang pada ibu bapa, sayang pada guru, sayang pada diri sendiri, sayang pada rakan-rakan dan sayang pada negara.
  • Beliau juga memperkenalkan guru baharu iaitu Pn. Nurshazwani Binti Hamzah.



**Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.