Saturday, June 22, 2019

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH




                Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat, 21hb Jun 2019 bersamaan dengan 17 Syawal 1440H bertempat di dataran ilmu Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dan Dewan Sri Meranti. Ianya dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf (SKPM) 2019 dengan kerjasama Panitia Agama Islam. Majlis telah dimulakan pada jam 7.45 pagi dengan bacaan Yassin mingguan diikuti dengan majlis penutup Bulan Panitia Agama Islam dan penyerahan hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan panitia. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Datin Noraizah binti Dun sempena majlis Jamuan Hari Raya.Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Cik Shamni yang akan bertukar sekolah dan juga penyerahan duit raya kepada murid yatim dan asnaf. 

               Pada jam 9.00 pagi, murid-murid dan guru-guru telah bergerak untuk menjamu selera dengan pelbagai menu yang telah disediakan. Antara menu yang ada ialah ayam golek, nasi goreng cina, bihun sup, makaroni goreng, buah-buahan, dadih dan pelbagai jenis air minuman. Kesemua makanan dan minuman telah disediakan di gerai-gerai di sekitar kawasan kantin. Seterusnya pada jam 10.00 pagi murid-murid dan guru-guru bergerak ke Dewan Sri Menanti untuk menyaksikan persembahan ceria hari raya yang dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah sehingga ke Tahun 6. Majlis berakhir pada jam 11.50 pagi. 




GAMBAR SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA BERLANGSUNG :)

                                            Gerai Nasi Goreng Cina

                                          Persediaan oleh guru-guru yang jelita di gerai buah-buahan :)

Anak-anak beratur di gerai ayam golek.
Anak-anak beratur di gerai minuman

Muka ceria murid-murid SKPM

Persembahan yang sungguh menghiburkan dari anak-anak murid SKPM

Ucapan aluan dari Datin Noraizah binti Dun

Bacaan Yassin mingguan

Pengacara majlis yang sentiasa ceria :)

Warna warni di aidilfitri

Penyampaian hadiah oleh Datin Nora binti Yusof

Penyerahan duit raya oleh Datin Noraizah kepada murid yatim dan asnaf

Muka ceria guru dan staf:)

 Riang ria guru-guru di Aidilfitri:)














No comments: