Sunday, June 16, 2019

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM FASA 1 2019

Pada 14 Jun 2019, Jumaat- Unit Kokurikulum Sekolah Pulau Meranti telah menganjurkan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di Kem Perah,FRIM  Kepong. Ahli-ahli unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Pandu Puteri Tunas (PPT) dari tahap dua telah melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah berlangsung selama sehari dan segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.Seramai 48 orang murid dan 9 orang guru pengiring yang mengikuti perkhemahan ini.

Perkhemahan unit beruniform merupakan salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui akativiti-aktiviti yang disediakan murid-murid akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Selain daripada itu, ia dapat mendorong murid-murid menyemai sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. 


Matlamat Perkhemahan Perdana Unit Beruniform;
  1. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan, guru dan jurulatih.
  2. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
  3. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.

Objektif Perkhemahan Perdana Unit Beruniform;

  1. Memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli unit beruniform.
  2. Memberi peluang kepada ahli mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran-kemahiran baharu dalam bidang pendidikan luar dan perkhemahan.
  3. Memupuk semangat kerjasama, sifat berani, sabar, tolong-menolong serta bertolak ansur di antara satu sama lain.
  4. Memberi peluang kepada ahli-ahli beruniform menilai dan menguji potensi kepimpinan dan disiplin kendiri masing-masing.
  5. Melahirkan ahli-ahli unit beruniform yang bertanggungjawab dan menghormati diri sendiri, anggota kumpulan, keluarga, agama, masyarakat, bangsa dan negara.

Jadual Perkhemahan Perdana Unit Beruniform;




AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI FRIM, KEPONG

BERTOLAK KE FRIM, KEPONG




TAKLIMAT RINGKAS OLEH FASILITATOR


AKTIVITI NATURE TREKKING






AKTIVITI MANDI-MANDA AIR TERJUN



MAKAN TENGAH HARI







SOLAT BERJEMAAH



AKTIVITI TREASURE HUNT









MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH



























No comments: