Thursday, June 27, 2019

PROGRAM JELAJAH APRESIASI WARISAN AUDIO VISUAL 2019

Pada 27 Jun 2019 (Khamis), Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dengan kerjasama pihak World Heritage Moving Centre telah mengadakan Program Jelajah Apresiasi Warisan Audio Visual bertempat di DewanMeranti, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Program ini mensasarkan murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4 dan Tahun 5. World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan bertujuan bagi meraikan khazanah warisan imej bergerak (audio-visual). Program ini dijalankan di 16 lokasi dengan meliputi empat elemen aktiviti utama acara iaitu tayangan koleksi audio-visual penting negara, sesi diskusi dan soal jawab, pertandingan serta kuiz dan pameran.


OBJEKTIF PROGRAM
  • Para pelajar dan masyarakat umum harus dideahkan dengan kepentingan warisan audio visual sebagai khazanah penting negara yang perlu kita hargai, raikan dan pelihara.
  • Kepentingan warisan audio visual ini harus diakui apabila di peringkat antarabangsa, UNESCO mempunyai dua program khusus bagi memelihara dan mengangkat warisan audio visual.
  • Penganjuran program ini di sekolah-sekolah terpilih serta ruang awam ini adalah satu permulaan ke arah usaha memupuk kesedaran kepada warga Malaysia mengenai hal ini.

TENTATIF PROGRAM



AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM JELAJAH APRESIASI WARISAN AUDIO VISUAL




















No comments: