Tarikh : 24 Jun 2019
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- Pn. Norhalida bt Ishak
- Pn. Nor Hanim bt Ismail
- Pn. Suriatie bt Che Lah
- En. Nordin bin Mat Hussin
- Pn. Nor Suzila bt Bharudin
Guru Bertugas |
Aktiviti
- Pengerusi Majlis : Pn. Norhanim binti Ismail
- Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Adeena Safiah binti Hilmi (6G)
- Bacaan Doa : Muhammad Naqib Zakwan bin Mohd Halimi (5G)
- Ikrar Rukun Negara : Pn. Norhanim binti Ismail
- Ikrar Murid : Nur Sofea Nadia binti Mohd Salleh (6C)
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Norhanim binti Ismail
Nyanyian Lagu, Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya & Ikrar Murid |
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Laporan disampaikan oleh Pn. Rabiatul Adawidyah binti Idris
- Peringatan kepada murid supaya menepati masa semasa datang ke sekolah kerana masih ramai murid yang hadir lewat ke sekolah walaupun telah diberi amaran berulang kali.
- Semua murid perlu pandai mengurus masa kerana orang yang pandai mengurus masa adalah orang yang bijak.
- Selepas rehat, apabila loceng dibunyikan, semua murid perlu pantas bergerak ke tapak perhimpunan supaya waktu PdP selepas rehat dapat dimulakan tepat pada masanya.
Ucapan Guru Bertugas:
- Ucapan disampaikan oleh Pn. Norhanim binti Ismail.
- Tema pada minggu ini ialah "Kasih Sayang".
- Tema pada hari ini adalah bersempena minggu keempat setiap bulan (Pendidikan Sivik).
- Kita perlu sayang diri sendiri melebihi dari yang lain. Sayangi emosi, jasmani dan fizikal.
- Fizikal merujuk kepada menjaga kebersihan diri. Selain itu kita juga perlu memastikan hati kita bersih serta peribadi yang baik.
- Sayangi diri kita barulah orang lain akan sayang kita.
Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Azmin bin Atan.
- Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang mengikuti program bersama Tesco-UM pada 22 dan 23 Jun yang lalu.
- Terima kasih juga diucapkan kepada guru pengiring yang berkorban masa menguruskan murid-murid.
- Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya.
- Makluman kepada semua murid: Setiap bulan (minggu keempat) akan dijalankan aktiviti berteraskan nilai Pendidikan Sivik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Kokurikulum dan perhimpunan rasmi.
- Bagi minggu ini, temanya adalah "Kasih Sayang" di mana kita bukan sahaja berkasih sayang sesama manusia, tetapi juga kepada haiwan, tumbuhan dan persekitaran.
Penghargaan:
Penyampaian insentif kepada murid tahun 6 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.
- Adham Fahmi bin Yusnizan (6 Gemilang) - 5A 1B
- Nur Adriana Batrisyia binti Nordin (6 Gemilang) - 4A 2B
- Nur Aina Batrisyia binti Muhd Fauzi (6 Gemilang) - 4A 2B
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MURID-MURID YANG BERJAYA!!!
Disiplin Murid: Baik dan Terkawal
No comments:
Post a Comment