Hari : Isnin
Masa : 3.40 - 4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu
GURU BERTUGAS:
- Pn. Nor Izwah Binti Abd. Aziz
- Pn. Nasibah Binti Sairi
- Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
AKTIVITI:
- Pengerusi Majlis: Pn. Nasibah Binti Sairi
- Bacaan Doa: Zulhaziq Hakimi Bin Zulfan
- Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya: Pn. Nasibah Binti Sairi
- Ikrar Murid: Nur Qalesya Hannah Binti Norhelmi
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
- Disampaikan oleh En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri.
- Kelas masih dalam keadaan yang kurang bersih, sampah sarap penuh di dalam laci dan bertaburan di atas lantai.
- Cikgu Riza mengingatkan murid agar membersihkan kelas pada waktu awal PDP agar pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan.
- Disiplin murid semakin merosot, ramai murid yang masih bercakap walaupun guru mengajar di hadapan. Mohon semua murid agar menghormati guru-guru terutamanya ketika PDP sedang berlangsung.
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI:
- Disampaikan oleh Pn. Nasibah Binti Sairi.
- Tema pada minggu ini ialah Kasih Sayang bersempena Pendidikan Sivik.
- Alunan muzik mengenai kasih sayang didendangkan kepada murid-murid.
- Erti kasih sayang sangat besar, bukan hanya pada manusia perlu berkasih sayang tetapi dengan harta benda, haiwan dan sebagainya.
- Oleh itu, hargailah mereka dengan kasih sayang agar diri kita sentiasa gembira dan ceria.
- Pn. Nasibah juga memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
- Jika ada sebarang masalah, bolehlah rujuk kepada guru yang bertugas.
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
- Disampaikan oleh Puan Hajah Nor Aini Binti Mohd Bahari.
- Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang hadir pada hari ini.
- Beliau juga mengingatkan murid agar menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah.
- Beliau juga menyatakan kasih sayang adalah luas. Pertamanya sayang pada Allah, sayang pada Rasulullah, sayang pada ibu bapa, sayang pada guru, sayang pada diri sendiri, sayang pada rakan-rakan dan sayang pada negara.
- Beliau juga memperkenalkan guru baharu iaitu Pn. Nurshazwani Binti Hamzah.
No comments:
Post a Comment