Alhamdulillah, pada 24 Mei 2019 bersamaan hari Jumaat, satu program di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berjaya dilaksanakan. Majlis tersebut ialah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 1440 Hijrah.
Antara objektifnya ialah untuk memberi pengalaman kepada murid menghidupkan bulan Ramadhan dengan cara bertadarrus secara berkumpulan. Selain ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan semua warga sekolah.
Majlis dimulai dengan bacaan Yasin di Dataran Perhimpunan. Semua guru dan murid mulai berkumpul seawal jam 7.20 pagi. Bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh Al- Fadhil Ustaz Tn. Haji Sofian bin Abdullah.
Selesai bacaan Yasin semua murid Prasekolah dan Tahap 1 dibenarkan masuk ke kelas masing-masing untuk pertandingan mewarna sampul raya dan mencipta kad raya. Manakala murid Tahap 2 masuk ke dewan untuk pengisian Tazkirah Ramadhan. Tazkirah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Helmi bin Jumri.
TAZKIRAH RAMADHAN
PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA PRASEKOLAH
PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA TAHUN 1
PERTANDINGAN MENCIPTA KAD RAYA TAHUN 2&3
Selesai tazkirah Ramadhan, acara diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Tuan Hj Sofian bin Abdullah.
ACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Selesai acara Khatam Al-Quran majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada semua peserta khatam Al-Quran. Tahniah diucapkan.
CENDERAHATI UNTUK PESERTA KHATAM AL-QURAN
Semua murid masuk ke dewan untuk majlis pemberian Sumbangan Aidilfitri kepada murid yang layak menerima bantuan. Sumbangan ini di bawah Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid.
SUMBANGAN SEMPENA AIDILFIRI
Majlis berakhir pada jam 11.40 dengan acara bersalam-salaman antara semua guru dan murid serta warga SK Pulau Meranti. Sehingga berjumpa lagi untuk Ramadhan tahun hadapan. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Selamat Hari Raya Aidilfiti Maaf Zahir & Batin.
No comments:
Post a Comment