Wednesday, May 8, 2019

KEM CEMERLANG JAWI SIRI 1 / 2019

KEM CEMERLANG JAWI
SIRI 1 / 2019

Hari     : Sabtu
Tarikh  : 4 Mei 2019
Masa    : 7:30 pagi - 12:30 t/hari
Tempat : SK Pulau Meranti

Objektif :

  1. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal yang bersambung.
  2. Menulis suku kata terbuka dan tertutup.

Matlamat :
  • Mencapai sasaran penguasaan 100% dalam Pelajaran Jawi seterusnya memperluaskan Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Sasaran :
  • Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang tidak menguasai dan melepasi Ujian Diagnostik.

Aktiviti / Pengisian :
  • Agihan kumpulan
  • Latihan Dalam Kumpulan
  • Ujian Pos

Kem Cemerlang Jawi ( KCJ ) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 4 Mei 2019. Seramai 68 orang murid telah disenaraikan untuk mengikuti KCJ ini. Murid yang hadir pada hari tersebut adalah seramai 44 orang. Seramai 11 orang guru Pendidikan Islam yang telah terlibat dalam KCJ pada kali ini. 

Semoga dengan adanya KCj ini dapat meningkatkan lagi penguasaan Jawi murid-murid.



Pendaftaran guru dan Murid. Pembahagian kumpulan.

Latihan Dalam Kumpulan. Ujian Pos.














No comments: