Hari : Isnin
Masa : 3.40 - 3.50 petang
Tempat : Dataran Ilmu
GURU BERTUGAS:
- Pn. Nor Izwah Binti Abdul Aziz
- Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
- Pn. Nasibah Binti Sairi
- Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
AKTIVITI:
- Pengerusi Majlis : Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
- Bacaan Doa : Zulhaziq Hakimi Bin Zulfan
- Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
- Ikrar Murid : Nur Qalesya Hannah Binti Norhelmi
- Alunan Asma Ul-Husna
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
- Disampaikan oleh En. Mohd Nazmi Bin Mamat.
- Disiplin murid-murid pada minggu lepas kurang memuaskan.
- Guru mengingatkan murid kembali agar menjaga disiplin ketika berada di sekolah terutamanya di dalam kelas agar dapat menggelakkan perkara yang tidak diingini.
- En. Mohd Nazmi juga mengumumkan kelas yang terbersih pada minggu ini ialah kelas 2 Gemilang diikuti tempat kedua kelas 3 Gemilang dan tempat ketiga ialah 2 Cemerlang.
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI:
- Disampaikan oleh Pn. Yusnur Aida Binti Yusof.
- Tema pada minggu ini ialah "Amalan Bersyukur".
- Bersyukur tanda kita berterima kasih.
- Bersyukur dengan pemberian Allah seadanya.
- Kebahagiaan adalah milik orang yang bersyukur.
- Pn. Yusnur Aida memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
- Jika ada sebarang masalah, murid-murid boleh rujuk kepada guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
- Disampaikan oleh Puan Hajah Nor Aini Binti Mohd Bahari.
- Murid-murid diingatkan sekali lagi tentang disiplin sepanjang berada di sekolah.
- Murid-murid diingatkan agar tidak merayau-rayau di kawasan persekitaran kelas sesi pagi kerana mengganggu sesi peperiksaan yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.
- Murid-murid diarahkan agar menunggu di kantin sambil membaca buku nilam.
- Pn. Hajah Nor Aini mengucapkan tahniah kepada kelas yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan keceriaan dan kebersihan pada minggu lepas.
- Pn. Hajah Nor Aini juga menyatakan sepanjang bulan Ramadhan ini, waktu rehat mohon semua murid berkumpul di Dataran Ilmu sambil guru memasangkan alunan Asma Ul-Husna.
- Murid-murid yang berjaya menghafal Asma Ul-Husna akan diberikan token sebagai ganjaran pada minggu hadapan.
PENGUMUMAN:
- Pn. Norazmah mengingatkan murid untuk tunggu dikantin sementara menunggu loceng untuk sesi petang. Pengawas dan Pengawas PSS akan meletakkan bakul buku nilam di kantin dan murid akan membaca buku nilam.
- En. Mohd Riza Feelaqiz juga mengingatkan kembali kepada semua murid agar membersihkan kelas pada waktu terakhir PDP agar kelas dalam keadaan yang kondusif untuk penggunaan pada sesi pagi keesokkannya.
*** Perhimpunan ditangguhkan pada jam 3.50 petang.
No comments:
Post a Comment