PENGENALAN
Motivasi merupakan daya dorongan kepada seseorang secara psikologi untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik.
Bagi membolehkan murid mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa murid juga mesti diisi dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini.
RASIONAL
Program Motivasi Sentuhan Kerohanian, diadakan sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan murid semasa tahun peperiksaan. Program ini menanggapi murid dari segenap aspek kehidupannya sebagai murid iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan murid.
OBJEKTIF PROGRAM
- Melahirkan murid yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar kehidupan dunia dan akhirat.
- Melahirkan murid yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, Tuhan, Keluarga, Bangsa Dan Negara.
- Melahirkan murid yang soleh dan solehah yang menyedari tentang hakikat sebenarnya kepentingan ibadah di dalam kehidupan.
- Menyedarkan murid bahawa sikap negetif boleh menghalang kejayaan insan
No comments:
Post a Comment