SK Pulau Meranti, 22 November 2014 – Hari Orientasi
Tahun 1 yang telah
diadakan pada hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 100 orang
murid Tahun 1 2015 telah hadir pada hari ini dan mereka
dibahagikan kepada 3 kelas untuk menjalani Ujian Diagnostik.
Sesi pendaftaran
dan penyerahan buku teks telah diadakan seawal jam 7.30 pagi. Murid-murid
kemudiannya berkumpul di tapak perhimpunan sebelum dibawa ke kelas untuk
menduduki Ujian Diagnostik.
Ibu bapa / penjaga
seterusnya berkumpul di Dewan SKPM untuk mendengar taklimat ringkas daripada
Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Seterusnya, taklimat disiplin dan
peraturan sekolah disampaikan oleh En. Daud bin Aris selaku guru disiplin SKPM.
Taklimat berkaitan PBS dan transisi telah disampaikan oleh En. Mohd Azmin bin
Atan, GPK Kurikulum SKPM.
Ibu bapa juga
turut diberi taklimat berkaitan VLE Frog yang disampaikan oleh Cik Fatin Ainaa
bt Ahmad Faudzi, pegawai dari YTL Network. Sementara itu, murid-murid Tahun 1
telah dibawa untuk mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas,
peraturan sekolah dan persekitaran sekolah.
Hari Orientasi merupakan hari yang penuh
bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah
untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program
ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai
latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan
pembelajaran di sekolah rendah.
Diucapkan
Selamat datang kepada semua warga baru SKPM!
![]() |
Sesi pendaftaran & penyerahan buku teks |
Sesi pendaftaran & penyerahan buku teks |
![]() |
Murid bersedia untuk masuk ke kelas |
![]() |
Murid sedang menduduki Ujian Diagnostik |
![]() |
Murid sedang menduduki Ujian Diagnostik |
![]() |
Taklimat VLE Frog |
No comments:
Post a Comment