Tarikh: 7/9/2015
Tempat: Dataran Perhimpunan
Guru bertugas:
1.
En. Ibrahim
2.
Pn. Nurhafizah
3.
Pn. Diana
4.
Pn. Che Mariah
5.
Pn. Norsaliza
Perhimpunan pagi dimulakan dengan 3 buah lagu Negaraku, lagu
Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Bacaan Ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Pn.
Nurhafizah bt Udin. Seterusnya bacaan doa oleh Abu Bakar. Bacaan Ikrar murid
oleh Amir Aniq dan bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Kamarul.
Laporan Guru bertugas minggu lepas: Pn. Ainul
-Menegur murid-murid supaya biasakan hadir awal dan
bersarapan awal sebelum perhimpunan pagi bermula.
Ucapan Guru bertugas: Pn. Nurhafizah bt Udin
Tema: Hormat-menghormati
-Memberi nasihat supaya murid-murid sentiasa mengamalkan
sikap hormat-menghormati kepada guru-guru di sekolah, rakan-rakan, ibu bapa dan
adik beradik, serta orang yang lebih tua.
-Murid-murid yang hormat kepada orang lain adalah murid yang
baik.
Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum: Pn. Nora bt Yusof
-Mengingatkan murid Tahun 6 bahawa UPSR akan bermula pada 8,
9 dan 10 September .
-Didoakan supaya murid Tahun 6 supaya dapat menjawab dengan
tenang. Selain itu, murid diingatkan jaga pemakanan dan jaga kesihatan. Murid diminta
menjawab soalan dengan tenang, baca doa sebelum menjawab soalan dan banyakkan
zikir.
-Bagi murid yang perlu hadir ke sekolah mengikut hari yang
telah ditetapkan, diminta berkumpul di kantin sekolah. Guru-guru akan membawa
mereka ke kelas masing-masing yang telah ditetapkan.
8/9/15 (Selasa) – Tahun 3 dan Prasekolah yang perlu hadir ke
sekolah.
9/9/15 (Rabu) – Tahun 2 dan Prasekolah yang perlu hadir ke
sekolah.
10/9/15 (Khamis) – Tahun 1 dan Prasekolah yang perlu hadir
ke sekolah.
Penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang menyambut
Hari Lahir bulan September 2015.
Perhimpunan ditangguhkan dengan nyanyian lagu Malaysia
Berjaya. Seterusnya murid masuk ke kelas masing-masing.
Disediakan oleh:
Pn. Diana bt Mohd Yusoff
(Guru Bertugas)
No comments:
Post a Comment