Tarikh : 26 Oktober 2015
Hari : Isnin
Masa : 7.30 -8.15 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM
Guru Bertugas
En Nordin B Mat Hussin
Pn Wan Sarinah Bt Wan Ibrahim
Pn Nasibah Bt Sairi
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan
Pn Ainul Fathiah Bt Muhd Fauzi
Pn Rose Halina Bt Jedin
![]() |
Perhimpunan minggu ke 39 dipengerusikan oleh Cikgu Nordin Bin Mat Husin. |
![]() | ||||||
Bacaan doa oleh Adik Muhammad Abu Bakar |
![]() | |
Ikrar Murid diketuai oleh Adik Hakimi Aiman. |
![]() |
Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Adik Adam Harith. |
Perhimpunan
Minggu ke-39 dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Seterusnya majlis diteruskan
dengan bacaan doa diketuai oleh Adik Muhammad Abu Bakar As-Siddiq.
Majlis diteruskan lagi dengan Ikrar Rukunegara dipimpin oleh Cikgu
Nordin, Ikrar Murid oleh Adik Hakimi Aiman dan Ikran Keselamatan Jalan
Raya oleh Adik Adam Harith.
Memandangkan
minggu ini merupakan minggu peperiksaan, Cikgu Nordin mengingatkan agar
semua murid sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku sepanjang minggu
peperiksaan. Masa yang terluang harus diisi dengan perkara-perkara yang
berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan. Akhir
sekali, beliau mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir
Tahun kepada semua murid SKPM.
|
Dilaporkan oleh :
Guru Bertugas Minggu ke 39
No comments:
Post a Comment