- Tarikh : 22 Februari 2016
- Masa : 3.50 petang - 4.20 petang
- Tempat : Dataran Kelas Pemulihan
Guru Bertugas Sesi Petang:
- Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
- Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
- Pn. Noor Rasheedah Binti Mustaffa
- En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
Aktiviti
- Pengerusi Majlis : En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
- Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Dikendalikan oleh Encik Mohd Reza Feelaqiz Bin Shauri
- Bacaan Doa : Ahmad Shauki (3 Gemilang)
- Ikrar Rukun Negara : En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
- Ikrar Sekolah : Aiza Ariana (3 Gemilang)
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Aiza Ariana (3 Gemilang)
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Disampaikan oleh Encik Adnan Bin Mustafa
- Guru menyatakan ucapan terima kasih kepada semua murid kerana "Sifar Sakit" pada minggu lepas.
- Guru memberitahu murid bahawa disiplin murid masih berada di tahap yang kurang memuaskan.
- Murid-murid akan pergi ke surau dengan diiringi oleh guru masa pelajaran tersebut dan tidak dibenarkan pergi tanpa kehadiran guru bersama.
Ucapan Guru Bertugas:
- Tema : Sikap Tanggungjawab
- Disampaikan oleh En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
- Guru menyampaikan ucapan dengan memberi maksud apa itu tanggungjawab seorang murid dan sebagai anak soleh / solehah.
- Guru juga menerangkan tanggungjawab murid agar belajar bersungguh-sungguh dan menyiapkan kerja sekolah.
- Guru menyatakan faedah-faedah apabila kita bertanggungjawab kepada murid.
- Murid harus faham erti tanggungjawab kerana ianya sangat berat untuk dipikul.
Ucapan Penolong Kanan Petang:
- Disampaikan oleh Puan Safinar Azura Binti Salleh @ Salim
- Guru menyatakan bahawa amalan kebersihan di persekitaran sekolah haruslah diteruskan dari segi fizikal dan rohani.
- Kebersihan fizikal merangkumi penampilan murid itu sendiri dengan berpakaian kemas dan bersih.
- Kebersihan rohani pula merangkumi aspek-aspek nilai murni iaitu tidak bercakap perkara-perkara yang kesat / kotor.
- Guru juga menyatakan amalan membawa beg plastik ke sekolah perlu diteruskan untuk mengurangkan sampah-sarap di dalam kelas.
Disiplin Murid
- Baik dan terkawal.
Hal-hal Lain
- Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Merentas Desa bagi Tahap 1 iaitu Tahun 3 bagi kategori lelaki dan perempuan.
No comments:
Post a Comment