Monday, May 15, 2017

LAPORAN BERTUGAS MINGGU 19

Laporan Bertugas Minggu 19 - Minggu PPIM

Tarikh: 15 Mei 2017
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas
1. En. Yusnizan B. Ahmad Marzuki
2. Pn. Roshida bt. Nayan
3. Pn. Norjaya bt. Sumaleh
4. Cik Sharifah Nutul Hafizah bt. Syed Omar Al Idrus

Pengerusi Majlis adik Farah Adiba bt Azian

1. Nyanyian 3 buah rangkaian lagu
    Negaraku
    Negeri Selangor
    Sekolah
    Dipimpin oleh adik Nur Aisha Sofea

2. Bacaan doa oleh adik Adham Fahmi b. Yusnizan
   

3. Ikrar Rukunegara oleh Pn. Norjaya Bt. Sumaleh


4. Ikrar murid oleh adik Aimi Syafina


5. Ikrar Jalanraya oleh adik Nadia Nurfarisha


6. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Pn. Marlina

    - mengulas program Amalan Pemakanan Sihat yang berjaya
      mendapat sambutan dan penyertaan semua murid dan guru.
    - menegur murid yang hadir lewat pada hari jumaat.
    - Memohon agar murid hadir awal ke sekolah kerana program
       bacaan yaasin dijalankan awal.

7. Penerangan Maksud Logo PPIM oleh adik Nur Aisha Sofea dan     Adik Nadia Nurfarisha


8. Pengumuman Kelas Terbersih Mingguan oleh Ustazah
     Norhanim
     1 Gemilang pemenang mingguan
     5 Cemerlang pemenang 3 minggu berturut

     Hadiah disampaikan oleh Datin Noraizah  ( PK. HEM )

9.  Promosi Buku Oleh Puan Salinda ( guru Media)

     - menerangkan cara mempromosi buku kepada pengawas PSS
     - membuat promosi jualan  PSS sempena Hari Guru

10. Penyampaian Sijil Kalam Jamaie oleh Pn. Siti Habsah Bt.
    Ahmad( Guru Besar SKPM)
    - kumpulan Kalam Jamaie sekolah mendapat tempat ke 6
      peringkat Daerah Sepang



11. Ucapan Datin Noraizah bt. Dun ( PK. HEM)

       a) Ucapan Tahniah kepada kelas yang menang
           - menegur kelas yang tidak menjaga kebersihan
           - berharap kelas lain dapat mengambil inisiatif untuk
             keceriaan
          - menegur kelas yang menggunakan kelas lain dalam
            menjalankan aktiviti agar dapat menyusun semula susun
            atur kelas dan menjaga kebersihan kelas tersebut.
     
       b) Hadir Lewat
         - menegur sikap murid yang hadir lewat ke sekolah
           walaupun telah memasuki bulan mei.
        - meminta semua murid hadir awal ke sekolah setiap hari

      c) Lagu Negaraku
        - menegur sikap murid yang tidak menghormati lagu.
        - tidak berhenti apabila mendengar lagu Negaraku

     d) Lagu Sekolah
        - menegur murid yang tidak menyanyikan lirik lagu Sekolah
          dengan betul
        - semua murid diminta melihat semula lirik lagu sekolah

   e) Peperiksaan
     - meminta murid membawa buku sekiranya tidak ada
       peperiksaan
     - semua murid kena memakai pakaian sekolah sepanjang
      minggu peperiksaan
   - semua murid perlu membawa kelengkapan alat tulis

f) Kempen Amalan Pemakanan Sihat
    Mengucapkan tahniah kepada semua AJK. Amalan minum air
    kosong perlu diteruskan setiap hari.

Perhimpunan ditangguh untuk Program Mento Mentee...
 

No comments: