Tuesday, August 15, 2017

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 dan Tahun 6

Pada 14 Ogos dan 15 Ogos 2017, Pemeriksaaan kesihatan dilakukan hari ini oleh Pegawai Kesihatan dan jururawat dari Klinik Kesihatan Salak Tinggi (Unit Sekolah). Pegawai Kesihatan dan jururawat yang datang memeriksa murid-murid dari segi fizikal diri dan seterusnya melakukan suntikan kepada murid-murid tahun 1.

14 Ogos 2017








Jururawat memberikan taklimat awal remaja kepada murid perempuan tahun 6 di makmal sains. Beliau menerangkan cara menjaga kebersihan diri, cara pemeriksaan kendiri dan sebagainya.



Pegawai Kesihatan memberikan taklimat awal remaja kepada murid lelaki tahun 6 di bilik darjah 6gemilang. Beliau menerangkan cara menjaga kebersihan diri dan sebagainya.


Jururawat melakukan pemeriksaan mata di setiap kelas muird tahun 1.






Pegawai kesihatan dan jururawat memeriksa murid-murid tahun 1 dari segi fizikal dan melakukan suntikan.

15 Ogos 2017







Memeriksaan kesihatan dari segi fizikal kepada murid tahun 6.

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama dan ucapan TERIMA KASIH kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengatur murid-murid dan menyediakan kemudahan untuk sesi pemeriksaan kesihatan kali ini. Tidak lupa, ucapan TERIMA KASIH kepada Pegawai Kesihatan dan semua jururawat yang terlibat.



No comments: