Program Dasar warga Emas telah dilaksanakan pada 7 jun 2018, Khamis. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan staff sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kerana bermurah hati memberikan sumbangan untuk menjayakan program DWEN ini.
Pemberian guru-guru dan staff dibahagikan kepada 2 bahagian. Sumbangan ini deberikan kepada dua orang warga emas.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap orang yang lebih tua terutama kedua-dua ibubapa. Sesi lawatan dan ramah mesra telah diadakan bertujuan berinteraksi bersama warga emas. Sesungguhnya pertemuan singkat ini mampu mengubati kerinduan dan kesuntian waga emas.
Di akhir program lawatan ini, murid dijangka dapat :
1. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.
2. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
3. Melalui pengalaman menarik dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para murid.
4. Mengembirakan golongan tua yang kesunyian .
5. Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment