Pada 29 Ogos 2019, Khamis - Unit Peningkatan Tahun 6 telah melaksanakan Majlis Restu Ilmu 2019.
Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan akhir calon-calon UPSR sebelum menghadapi peperiksaan. Majlis juga dimulakan dengan bacaan Yassin. Ianya dilakukan untuk memperkukuhkan rohani, menaikkan semangat murid, guru-guru dan ibubapa.
Matlamat Majlis ini adalah bagi memastikan semua murid tahun 6 mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru mereka dari pra sekolah hinggalah tahun 6.
Objektif majlis ini dilaksanakan adalah :-
- Sebagai usaha untuk mendoakan murid agar mencapai kejayaan cemerlang.
- Memotivasikan murid agar terus berusaha untuk kejayaan.
- Menyedarkan murid tentang pentingnya usaha yang bersungguh-sungguh, memohon restu guru, berdoa dan bertawakkal.
 |
Bacaan Yassin |
Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Azmin B. Atan
 |
Ucapan YB Tuan Adhif Syan B. Abdullah (ADN Dengkil) |
 |
Ucapan Wakil PIBG |
 |
Ucapan Wakil Murid Tahun 6 |
Ucapan Restu Ilmu Wakil GuruPrasekolah - Pn. Diana
- Tahun 1 - Pn. Che Mariah
- Tahun 4 - Pn. Rabiatul
- Tahun 5 - Pn. Juitah
- Tahun 6 - En. Yusnizan
 |
SIMBOLIK PENYERAHAN ILMU - SUAP PULUT KUNING |
Murid bersalaman dengan guru - Mohon Restu & Bermaaf- Maafan