Tuesday, August 6, 2019

Laporan Perhimpunan Sesi Petang (Minggu ke 29)

Tarikh   : 5 Ogos 2019
Hari      : Isnin
Tempat : Dataran Berbumbung
Masa    : 3.40-4.10 petang

Guru Bertugas :
1) Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
2) Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
3) Cik Nor Aini binti Ibrahim

Pengerusi Majlis : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa

Aktiviti Minggu Ini  :
1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2) Bacaan doa : Mohd Najmi bin Johan (3C)
3) Ikrar Rukun Negara : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
4) Ikrar Murid : Aulia Chairunnisa (3G)
5) Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa

6) Ucapan Guru Bertugas 
Disampaikan oleh Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
Tema : Patriotisme

  • Guru menerangkan tentang maksud patriotisme.
  • Setiap murid mestilah sayangkan negara, sekolah dan kelas masing-masing dengan menjaga kebersihan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria.


7)Laporan Bertugas Minggu Lepas:
  Disampaikan oleh Tuan Haji Sofian bin Abdullah

  • Murid mestilah menggunakan paip surau dan paip sekolah dengan baik. Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah mestilah dijaga untuk manfaat bersama.
  • Pinggan dan cawan kantin mestilah diletakkan di dalam besen yang disediakan. Murid tidak dibenarkan makan dan minum pada waktu rehat di kawasan lain selain di kantin sekolah sahaja.
  • Cuaca baru-baru ini agak berjerebu. Murid dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing dengan meminum air yang banyak dan memakai penutup hidung sekiranya perlu.


8)Ucapan  Penolong Kanan Petang
   Tiada.

9)Hal-hal Lain

  • Guru bertugas memaklumkan aktiviti Kokurikulum telah tamat bermula minggu ini. Murid tahun 3 digalakkan memakai pakaian unit beruniform pada setiap hari Rabu walaupun aktiviti KoKurikulum telah tamat.
  • Pertandingan Keceriaan Kelas minggu lepas dimenangi oleh :
  • Tempat pertama : 2 Cemerlang (83%)
  • Tempat kedua    : 2 Gemilang (82%)

  #Tahniah diucapkan kepada kelas yang menang.


LENSA KAMERA

Bacaan doa dipimpin oleh Mohd Najmi dari Kelas 3G


Semua murid sama-sama mengaminkan doa


Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalanraya


Ikrar murid oleh Aulia Chairunnisa dari Kelas 3G


Semua murid berikrar bersama-sama


Ucapan Guru Bertugas oleh  Pn Nor Rashedah


Laporan Minggu Lepas oleh Tn Hj Sofian


Anugerah Bintang Keceriaan Kelas 2C


Augerah Bintang Keceriaan Kelas 2G



No comments: