Thursday, August 8, 2019

Program Motivasi dan Khemah Ibadah SKPM 2019

Tanggal 3-4 Ogos 2019, Program Motivasi dan Khemah Ibadah SKPM 2019 telah diadakan di Kingfisher Camp, Hulu Langat, Selangor. Program ini merupakan salah satu program yang telah dirangka dan dijadikan sebagai program tahunan SK Pulau Meranti, yang bertemakan “Hatiku Pada Mu - 2019” .  Program  ini dirangka bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa depan mereka kebergantungan hamba kepada PenciptaNya. Program ini banyak menyumbangkan ke arah menyuntik semangat belajar para murid untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan terutama dalam UPSR.


HARI PERTAMA

  • Urusan pendaftaran murid  pada jam 7.00 pagi di kantin.
  • Murid telah dibahagikan kepada lapan kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru AJK Pendaftaran dan semua murid beratur untuk menaiki sebuah bas dan sebuah van ke tempat lokasi
  • Lebih kurang  jam 9.30pagi, semua murid dan dua orang guru pengiring selamat tiba dan murid diberi taklimat oleh Jurulatih disana tentang segala aktiviti, peraturan dan disiplin sepanjang program berlangsung
  • Semua murid telah diberi tempat penginapan dan mereka diarahkan oleh jurulatih untuk membawa bag dan barang keperluan ke bilik masing-masing.

  • Aktiviti pertama, iaitu ‘kehidupan di air dan di darat’ bermula jam 11 pagi dan semua murid berkumpul di hadapan dewan utama untuk taklimat aktiviti.
  • Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mengajar murid erti kesabaran, kesusahan, keinsafan dan kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian didalam hidup
  • Murid  menyusuri tepian hutan dan mengharungi anak sungai serta memasak masakan rimba secara berkumpulan di tepi sungai/air terjun dengan menggunakan alatan di dalam hutan iaitu ‘messtin’ yang sekolah sediakan.
  • Dari situlah dapat dilihat sifat pemimpin ketua kumpulan mengagihkan kerja dalam kumpulan, sifat kerjasama sesama mereka dan sifat sabar dalam menyiapkan makanan untuk mereka sendiri makan tengahari disana.
  • Mereka juga diajar cara-cara mengambil wudhu dan solat di dalam air dan di dalam hutan secara berjemaah. 

  • Aktiviti kedua, “Smart Solat” lebih kurang jam 2.00 petang, murid pulang ke tempat resort untuk menunaikan solat zohor kerana cuaca hampir hujan. 
  • Murid diajar bagaimana cara untuk solat dengan berpakaian harian yang menutup aurat. 
  • Disamping itu, jurulatih memberi sedikit tazkirah ringkas menyentuh tentang peranan seorang anak dalam kehidupan seharian dan juga peranan mereka sebagai sorang pelajar yang sepatutnya mengejar kecemerlangan dunia dan juga akhirat.
  • Selepas solat dan minum petang, murid melakukan pelbagai permainan atau “Multi Games”  sebagai riadah petang.

  • Aktiviti ketiga, lebih kurang jam 9.00 malam, semua murid berkumpul di dalam dewan untuk aktiviti yang ketiga iaitu “Motivasi Kendiri Murid”.
  • Murid didedahkan dengan semangat kendiri yang perlu ada pada setiap individu untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
  • Murid perlu ada keyakinan dalam diri dan berusaha menggapai setiap peluang yang datang di dalam pelbagai aspek.
  • Jam 10.30 malam semua murid berehat dan tidur di dalam bilik penginapan.



HARI KEDUA

  • Lebih kurang jam 5.00 pagi, semua murid berkumpul untuk Qiamullai dan seterusnya menunaikan solat subuh.

  • Aktiviti keempat, “Saya Khalifah Allah  & Peribadi Muslim” Jurulatih memberi penerangan bahawa sebagai khalifah Allah, kita sentiasa dihujani dengan pelbagai cabaran dan ujian dalam kehidupan untuk berjaya dan menjadi seorang muslim yang sejati.
  • Semua murid diingatkan untuk belajar bersungguh-sungguh terutama dalam menghadapi ujian UPSR tidak lama lagi supaya dapat keputusan yang cemerlang.

  • Aktiviti kelima : “Menara Impian” ibarat aku janji murid untuk berjaya di dalam peperiksaan UPSR dan mencapai apa yang dihajati.

  • Majlis penutup berlangsung jam 11.00pg yang dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran 1, En Mohd Azmin bin Atan.
  • Murid-murid berkumpul untuk pulang menaiki sebuah bas dan van, dan selamat tiba di sekolah lebih kurang jam 2.00 petang. 


Lensa Kamera











































No comments: