Tuesday, August 6, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 29


Tarikh: 05 Ogos 2019

Tema: Bulan Kebangsaan

Tempat: Tapak Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru Bertugas: Kumpulan 4

      1. En. Nordin b. Mat Hussin
      2. Pn. Suriatie bt. Che Lah
      3. Pn. Nor Hanim bt. Ismail
      4. Pn. Norhalida bt Ishak
      5. Pn. Suzila bt. Bharuddin

Aktiviti:

  - Pengerusi Majlis: Pn. Suriatie bt Che Lah
  - Bacaan Doa : Mohd Naqib Zakwan
  - Nyanyian Lagu: Ainun Nisa
    (Negaraku, Negeri Selangor, Lagu sekolah)
  - Ikrar Rukunegara / Keselamatan Jalan Raya: Pn. Suriatie
  - Ikrar Murid: Aiza Aryana
  - Laporan Guru Bertugas Minggu 28:



        Disampaikan oleh Puan Rabiatul Adawidyah

       Murid tahun 1 masih lagi membuat bising dan bermain di kawasan dataran berbumbung semasa waktu rehat walaupun telah berulang kali dipesan dan kawasan tersebut telah dikepung. Diharap murid-murid dapat lebih perihatin terhadap kawasan dan keadaan sekeliling.

       Murid-murid juga dinasihatkan untuk mengikut peraturan sekolah terutamanya waktu hadir ke sekolah kerana masih ramai murid yang hadir lewat ke sekolah.


   - Tema Minggu Ini : Bulan Kebangsaan
   
     Disampaikan oleh Puan Suriatie mengingatkan semua agar menghargai dan bersyukur sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai keunikan seperti kepelbagaian kaum, agama, pilihan makanan, pusat pelancongan dan tempat-tempat menarik dan lain - lain lagi. Selain itu, kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa yang strategik dan selamat dari gempa bumi dan letusan gunung berapi juga patut disyukuri olrh setiap rakyat Malaysia. Oleh kerana itu, kita perlu menjaga setiap warisan negara dengan baik dari segi kecantikan, keunikan mahupun keamanan negara.




- Penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan bulan panitia matematik






 
- Ucapan Wakil Pentadbir : Datin Nora bt Yusof


   Datin Nora mengingatkan kepada semua murid terutamanya murid tahun 6, bahawa minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu berikutan Cuti Hari Raya Aidiladha. Sehubungan itu, murid-murid perlu menjaga kesihatan dan menambahkan persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang tidak lama lagi.

   Diingatkan juga kepada semua murid tahun 6, kelas tambahan pada pukul 1.20 - 2.20 petang pada minggu ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada peperiksaan percubaan PSRA di sekolah agama. Selain itu, kokurukulum pada hari Rabu jam 7.30 - 8.30 pagi berjalan seperti biasa bagi unit kelab dan persatuan bagi perjumpaan ke 12.




Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.00 pagi.

     



 

No comments: